Pameran Seni M50 Lukisan Di Publika Sri Hartamas Hina Islam

publika

Baru selesai membuat laporan polis berhubung satu lagi penghinaan terhadap Islam. Ini merujuk kepada satu pameran seni lukis di Publika Solaris Sri Hartamas, tingkat G2 di kawasan ruang legar.

Pameran bertajuk Pameran Seni M50 – Selamat Hari Malaysia anjuran Artemis Art KL mempamerkan salah seorang pelukis bernama Anurendra Jegadeva dengan tema lukisan ”ABC For The Middle – Age Middle Classes”. Salah satu lukisannya melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot” (seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh) beserta dengan tulisan khat basmallah terbalik di bawahnya – yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut. Manakala untuk J dan K pula di buat “J for Jesus” dan “K for Krisna” – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.

anurendra

Kita meminta pihak polis menjalankan siasatan ke atas beliau serta penganjur pameran seni tersebut seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

Sumber : http://akarimomar.wordpress.com/2013/08/28/lagi-penghinaan-terhadap-islam-kini-di-publika-sri-hartamas/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *