Misteri Piramid Melayu Di Jepun

piramid melayu

Sebuah piramid Melayu telah ditemui oleh sekumpulan arkeologi di dasar laut di jepun. Namun, anehnya piramid tersebut dikatakan mempunyai banyak ciri-ciri KeMelayuan. Tidak semua binaan piramid ini selamat. Kebanyakan binaan piramid yang melalui senibina kepingan batu besar ini akan terselit ‘keris’ sebagai lambang bangsa pembina.

Oleh kerana itu, rekod bangsa Melayu, telah banyak kali dipadam dan disembunyikan oleh pendatang-pendatang Eropah kerana mereka tahu, (rekod tamadun Melayu tidak berada di tangan Melayu lagi), pesaing tamadun di Timur bukanlah dari empayar Dinasti Chin dan Dinasti Ming di tanah besar China. Namun, hakikatnya ialah, Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan.

Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :- ada yang digelar tanah penghujung dunia, ada yang digelar Semenanjung Emas, ada yang digelar Survana Bumi, ada yang digelar Golden Chersonese, Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas.

Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan “JONG”. Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat (Britain dan UNESCO).

Misteri Piramid Melayu Di Jepun

Penemuan sejumlah keris dalam sejumlah yang besar di tugu piramid di dasar lautan Okinawa boleh meledakkan pemikiran anda mengkaji siapa Melayu itu. Lokasi tersebut kini bernama Okinawa. Jika pada 2000 tahun sebelum itu, apa nama tempat itu? Jangan dibutakan mata anda akibat perubahan nama dan ianya menjadi milik negara lain pula.

Lihatlah apa yang terjadi pada kerajaan-kerajaan Melayu di utara. KEMBOJA ditukarnya menjadi Cambodia , CEMPAKA ditukarnya menjadi ? MELATI ditukarnya menjadi ? Anda fikir Myanmar, Burma, Vietnam, Laos itu negara apa? Mereka itu semuanya adalah negara-negara peninggalan rumpun bangsa-bangsa agung Melayu di zaman silam. Soal agama, bukan satu isu kerana yang dibincangkan sekarang adalah soal ‘bangsa’ dan ‘ketamadunan’.

Tidak kisahlah apa juga agama yang mereka anuti dahulu samada Hanif, Jawi, Hindu, Buddha ataupun Islam. Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya. Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari : UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin, segenting) TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor) TIMUR (funan, okinawa, sulu,) SELATAN (sumatera, riau, jawa) Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah.

Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu. Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu.

Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi : “Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut.” -Nostradamus

Sumber : Facebook

1 thought on “Misteri Piramid Melayu Di Jepun”

  1. zabidi ahmat... org LENGGONG PERAK

    Saya suka dgn sejarah MELAYU dan sentiasa mencari kesan2 peninggalan..selama apa yg selalu mmbaca di blog2 dan saya temui KESAN DAN PERSAMAAN…
    Apa yg kita tau MERIAM adalah ciptaan dr BANGSA MELAYU
    jadi bila saya fikirkan kenapa sampai hari ini permainan MERIAM BULUH masih lagi di main oleh ANAK2 MUDA MELAYU APABILA BULAN PUASA DAN HARI RAYA…
    mungkin ini salah satu adat dan permainan yg berpunca dr MERIAM ZAMAN DULU…jadi knp sampai hari ini anak muda MELAYU masih lagi bermain permainan MERIAM BULUH INI…..?
    saya harapkan Tuan admin boleh menggali lagi mendalam apa yg saya dedahkan ini….semoga kesan2 PENINGGALAN MELAYU DAPAT DI ANGKAT SUPAYA MENJADI PEMANKIN SRMANGAT UNTUK GENERASI MUDA KITA MELAYU MENJADI LEBIH BERSEMANGAT KECINTAAN TERHADAP SEJARAH DAN BANGSA MELAYU ITU SENDIRI

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *