Mertua vs Menantu

Kita biasa mungkin biasa mendengar tentang Mertua vs Menantu, Mertua yang jahat tapi pernah tak kita fikirkan apakah cabaran menjadi mertua pada hari ini ? Penelitian ini adalah secara keseluruhan, tergantung nasib mertua untuk menghadapi cabaran yang sedikit atau lebih teruk daripada yang dinyatakan di bawah.

Pilih Menantu

Bagi yang telah mempunyai anak yang dewasa, mertua kian gelisah memilih menantu. Pilih punya pilih, .takut-takut terpilih HANTU. Kesian pula kat anak kesayangannya. Perlu pilih yang mertua berkenan atau pilihan anak yang diutamakan. Buntu juga bila difikir-fikirkan.

Hantaran yang tinggi

Wah, hantaran untuk kawin sekarang bukan semudah dulu, kalau tiada RM5000 dan ke atas jangan bermimpi nak dapat menantu. Itu belum kira kendurinya, pakaian, kelengkapan bilik pengantin, juru solek, kos perjalanan, sewa pelamin, sewa dewan dan pelbagai lagi kos sampingan yang kian bertambah harganya saban tahun. Kalau nak diharapkan simpanan anak, tak tahulah bila cukupnya.

Iman Yang Lemah

Menantu sekarang agak lemah imannya. Solat pun jarang dilaksanakan, nak ditegur semuanya dan besar panjang. Terkadang, mandi wajib pun tak reti-reti. Mertua pun mula menggaru-garu kepala. Dalam melautnya masalah sosial, rogol dan buang anak, mertua malang mungkin bermenantukan orang yang diragui status teruna dan daranya atau mungkin juga anak luar nikah. Siapkah mertua menghadapi masalah ini dan menjadi guru yang sabar buat anak dan menantu barunya ?

Kemahiran Rumah Tangga

Menantu-menantu sekarang semuanya kaki buku, jadi tidak disibukkan dengan kerja dapur oleh ibubapa mereka. Jadi mereka kurang ilmu memasak, mengemas rumah, membaiki peralatan rumah, menanam pokok dan sebagainya. Maka bertambahlah kerja mertua jika menantu sebegini tinggal sebumbung. Yang dia tahu cuma bangun, makan, tidur, tengok tv. Itu belum soal menjaga anak dan mendidik anak-anak.

Pendapatan tak menentu

Di awal perkahwinan, menantu lelaki mungkin kurang terjamin pendapatannya sedangkan kos hidup hari ini kian meningkat. Nak atau tidak mertua perlu juga menyumbang sedikit sebanyak kewangan untuk keberlangsungan hidup anak menantunya. Kos juga kian bertambah bila cucu-cucu muncul satu persatu.

Tidak Sependapat

Lumrah hidup sebumbung, pendapat tentunya tidak selalu seia sekata. Mertua dan menantu punya pandangan yang berbeza dalam pelbagai aspek yang dibahaskan. Terkadang mertua berkecil hati bila pandangannya selaku orang yang lebih berpengalaman diketepikan begitu sahaja. Lalu sabar dan lapang dada tetap perlu diutamakan.

Cucu oh Cucu

Sebelum dapat cucu, mertua berusaha bersungguh-sungguh agar cucunya lahir ke dunia. Pelbagai cara diusahakan, pelbagai tempat dijelajahi untuk mendapat ramuan mujarab agar gelaran atau dan nenek dirasai. Tidak cukup dengan itu, 100 hari pertama cucu dan menantu dilayan dengan sabar. Disebabkan menantu dan anaknya punya kerjaya yang luar biasa sibuknya, mertua juga terpaksa menjadi ‘babysitter’ untuk cucu-cucunya.

Itulah antara cabaran bagi mertua hari ini. Mertua adalah ibubapa kedua bagi menantu. Nak atau tidak, mertua perlu sedar bahawa dialah guru untuk menantu yang baru melangkah ke alam baru yang penuh cabaran dan tanggungjawab. Selalulah berkomunikasi dengan menantu dengan cara yang terbaik agar menantu mengetahui ilmu dan hasrat yang ingin anda sampaikan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *