3 Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat

mengatasi tekanan darah tinggi

Darah tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana lazimnya tidak menunjukkan gejala yang jelas. Satu-satunya cara untuk mengetahui sama ada anda menghidap tekanan darah tinggi adalah dengan mengukur tekanan darah. Pengukuran tekanan darah tepat adalah penting untuk diagnosis yang betul.

Adalah penting bagi semua orang memahami bahawa bacaan tekanan darah mereka berbeza-beza dan berubah-ubah dalam tempoh tertentu pada waktu yang berlainan pada hari yang sama. Oleh itu, adalah penting untuk sentiasa memantau tekanan darah di rumah menggunakan alat pemantau tekanan darah yang jitu.

“Gaya hidup tidak aktif dan diet yang tidak teratur adalah dua punca utama darah tinggi. Faktor lain termasuk isu keturunan, pengambilan natrium (garam) yang berlebihan, tekanan, ketagihan arak dan obesiti.

“Bagi mengurus penyakit darah tinggi, adalah disyorkan untuk memeriksa tekanan darah anda dengan lebih kerap. Ini untuk mengetahui sekiranya ada sebarang lonjakan dalam bacaan dan sebagai rekod untuk memantau hipertensi anda secara konsisten.

3 Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Tanpa Ubat

• Kurangkan berat badan. Setiap kilogram berat yang hilang akan mengurangkan tekanan darah sistolik sebanyak satu milimeter mm Hg

• Makanan seimbang. Ambil makanan yang kaya dengan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu rendah lemak, kurangkan lemak tepu dan garam. Lebihkan makanan berpotasium seperti pisang, kentang, avokado dan sayuran hijau.

• Buat banyak gerakan fizikal. Bersenam 90 hingga 150 minit seminggu.