Masalah Keputihan-Punca Dan Cara Rawatan

keputihan

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.

Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.

Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.

Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.

Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.

Gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana ini akan memudaratkan keadaan.

Ubat-ubatan untuk jangkitan adalah khusus dan ada kalanya perlu diulangi rawatannya. Suami atau pasangan seksual juga dinasihatkan untuk menjalani rawatan.

Jawapan disediakan oleh Pakar Runding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Fairuz A’shikin Abd. Kadir.

 

Petua Yang Boleh Dicuba

Cara Pertama


1.Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.

2.Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.

3.Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.

4.Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.

5.Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.

6.Minum air tersebut 2 kali sehari.

7.Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.

Cara Kedua


1.Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya.

2.Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.

3.Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.

4.Tapislah air tersbut.

5.Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.

6.Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.

7.Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Perhatian:Petua traditional ini hanyalah alternatif untuk rawatan yang didapati dari orang-orang tua terdahulu. Bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor supaya tidak ada kesan sampingan dikemudian hari.

 

49 thoughts on “Masalah Keputihan-Punca Dan Cara Rawatan”

  1. Fazila Hj Mohd Zairy

    Hi, Saya mengalami keputihan berwarna kekuningan yang keluar sejak selepas keguguran pd bulan 4 yg lalu. Namun ia tidak begitu byk, hanya spot-spot yellow…kadang-kadang pada waktu pagi dan malam…kadang-kala menyebabkan sedikit kegatalan. Berkenaan dengan bau, sukar untuk dinyatakan kerana secara zahirnya tidak berbau, namun sekiranya diletakkan didepan hidup (kurang 1 inci dari hidung baru ada bau)…jadi apakah masalah keputihan saya ini

  2. saya mengalami keputisan.. sedangkan saya belum berkhwin.. saya merasa tidk selesa.. keputihan dtg tidk menentu.. adakah ia bermasalah, atau berpenyakit.. bagai mana hendak mengatasi?

  3. saya ingin bertanya, saya mengalami keputihan yang berbau hanyir.. dan apabila nak bersama suami, cecair dari faraj tiada berbanding ngn dahulu. adakah ini disebabkan keputihan @ sebab lain menyebabkan tiada cecair keluar semasa pemanasan suami.

  4. saya ada masalah keputihan yg banyak dan akan keluar ketika melakukan hbungn bersama suami,, dan ianya berbau hanyir,, ape sebab2 keputihan itu berlaku,, bagaimana nak mengatasi,, adakah disebabkan kehamilan boleh menyebabkan masalah ini,, dan adakah akan menjejaskan kandungan,,,

  5. saya ingin bertanya..isteri saya ada mengadu..selepas saya dan isteri saya bersama..keesokannya ada cecair mengalir keluar dari farajnya dan menurutnya cecair itu putih kehijauan dan ia berlarutan ke hari-hari berikutnya..ia mnyebabkan seluar dalam beliau dipenuhi cecair itu..kalau sehari dua tidak memusykilkan saya,kerana mungkin air mani yg keluar kembali ttapi ianya berlarutan hingga ke hari-hari berikutnya dan masih ada belum ada penyelesaian.perkara ini baru terjadi..saya blom brjumpa dkotr krna mahu mdptkn pndpat dn kepastian,mugkn pekara ni normal atau sbliknya..saya risau akan sesuatu yang menimpa..kenapa ini terjadi dan mengapa? adakah cara untuk menanganinya..

  6. saya selalu mengalami keputihan dan ianya berwarna kuning dan sering gatal.Adakah saya mengalami jangkitan faraj?

  7. hi.. i’m juz 19 by this sept. i’ve been suffer from this problem 4 quite a long period.. mostly after period time.. a few days later it started to shows some liquid.. it used to be only yellowish n now i think there’s some blood in it. i’m not married n i really dunno what should i do.. does that means there’s already infection? it’s not itchy thou.. please tell me what should i do.. 🙁

  8. saya ada masalah keputihan sehingga menyebabkan kegatalan yg amat sgt..saya msh lg blom berkhwin dan tidak pernah melakukan hubungan sex..kenapa ea?keputihan saya kdg2 mcm aer biasa..kdg2 ada tompok2 putih dan kdg ad lendiran pekat berwarna putih..saya sendiri x phm mengapa..plz tlg saya..risau sgt..

  9. Salam,
    bagi wanita yg belum berumahtangga dan malu berjumpa Dr,kini dah ada rawatan alternatif dari herba yg boleh dilakukan sendiri dirumah tanpa keklinik.

  10. salam.saya belum berkahwin tetapi mengalami masalah keputihan.sebelum ini berwarna koko dan bertukar berwarna hijau dan keluar terlalu byk dan berbau hanyir.haid saya xdatang selama 4bulan.dan saya mengaku prnh melakukan seks .saya prgnnt test negative.dktr dh bg antibiotik n antifungal.tetap tiada prbhn.apa mslh sy sbnrny?

  11. salam…….
    Alhamdulilah saye terjumpe,blokm ini,saye pon mengalami masalah keputihan….awal nya saya,ta menghiraukn nya,tpi lama kelamaan…saya risau juga…karna terkadang keluar cecair putih..yg ta saya ingin kn,apa lagi ketika bersama suami….’bau hanyir yg membuat saye malu sendiri dengan suami”apa lagi dah 3 thun kami menikah,kami belum dikaruniai anak….mungkin kah karna keputihan saya ni teruk sangat ke,sampai2 saya menangis sendiri………..”tlong lah bantu saya,apa yg perlu saya buwat, dan obat apa yg mesti saya minum,,,wlpon saya selalu makan Antibiotik,tpi hanya sekejap saja………bagilah saya solusi nya.tq.

  12. asslamualikum, sy ade masalah keluar lendir yg pekat seperti susu basi berwarna hijau, berbau dan hanyir. dan berada di dalam vagina, apekah sebabnye? adekah sy terkene jangkitan kuman?

  13. saya jga mngalami msalah keputihan ttapi x la sbegitu banyak . tetapi saya pelik , adakalanya keputihan saya itu keluar dengan tiada warna dan kadang2 pula ia keluar dengan brwarna kuning..mengapa ia terjadi ? adakah saya terkena jangkitan ?

  14. Hi, sye remaja brusia 17 thun. Sye alami kputihan dah lama, smpai skrg xbaik2 lgi. Mcm mana nak ubatinya dgn cara yg mudah ? Betul ke sbb kputihan sye xdidatangi haid ?

  15. Hi..
    Saya mengalami keputihan sejak beberapa bulan yang lalu. Sebelum ini keputihan tersebut berwarna putih jernih dan berbau. Sehari sy kena tukar panty liner beberapa kali. Selepas beberapa minggu, keadaan bertambah baik. Namun demikian, pagi ini saya mendapati keputihan saya agak pelik. Warna hijau & pekat. Lebih membentuk pejal di saluran vulva. Saya hanya dapat membersihkan salurn dengan cotton bud. Namun begitu, lendiran tersebut tidak berbau. Adakah keadaan saya disebabkan masalah hormon? Kitaran haid saya selama ini tidak normal & bulan ini saya sudah lewat 5 hari. Sy harap sy akan mendapat balasan dari pihak admin. Tq

  16. asalam..sy berumur 19 tahun.saya alami keputihan dr sek men. sya x cuba apa2 produk tkt sesetrngah produk x ok.sy mintak pendapat cik prduk apa yg ssuai, keptihan sy bwrna kekuningan dan kadang2 ia berbau 🙁 sy harap dpt maklum blas dr admin. tQ

  17. Sy nak tya punca lendir berwrna hitam dan busuk yg sllu sy alami…..sy bru brkhwin dn haid sy pd bln lps hnya 1hri kluar drh dan diikuti lendir hitam brbau untuk 3hri.. Dan bln ni pn sma..apakh pnca2? Ataupun ini sjenis pyakit?

  18. Salam.. saya mengalami kputihan yg banyak trutamanya pada waktu siang ianya mmg mengganggu sya trutamanya pada wktu pejabat..adakah ianya slah satu tanda susah nk dapat anak?

  19. saya mengalami masalah vagina yg berbau dan berair berwana koko . terkadang terasa gatal . saya berasa tidak selesa kerana ia mengalir dan berbau . sy belum berkahwin , dan sy mengaku sy penah melakukan seks . sy akan bernikah tidak lama lagi . dan sy amat risau bnda ini akan menjadi lebih serious . apa yg ptt sy buat ? tq .

  20. Asalamualaikum. Sye bru 14 thun tp sye mngalami lendir mcm basi, brbau dan trdpt mcm air yg byk shingga nk dktakan gatal sgt. Hrp dpt tlong sye. Sye bru diusia yg amat muda. Adakah sye mngalami jngkitan? Atau pnyakit yg serius?. Bgaimana hndak mrawat masalah sye ini?

  21. Saya nengalami keputihan yang agak teruk. Kadang kadang gatal, kadang kadang jernih, hijau, kuning. Ada jugak yang berbau. Dan saya tidak haid hampir 8 bulan. What should i do? Saya risau memandangkan saya hampir berkahwin. Harap ada maklum balas dari pihak admin. Thank you.

  22. chellzan chellz

    Salam puan..
    Sya juga ada masalah keputihan sejak zaman ank dara.. alhamdulillah sejak sya mengamalkan memakan buah goji kering, keputihan sya yg teruk sudah bertahun x muncul.. sya syorkan puan mencubanya.. ibu mengandung pun boleh mengambilnya..

  23. Salam..saya belom.berkahwin..tetapi tiap pagi bila saya bangun ade cecair putih berair, berbau hamis keluar dari faraj saya..rasenye bila keluar,seperti keluar darah haid..sepatotnye skarang saya period..tapi..tak period² lagii..yg keluar hanya cecair itu..apakah keputihan itu..ye???harap dibalas yee

  24. Salam..saya belom.berkahwin..tetapi tiap pagi bila saya bangun ade cecair putih berair, berbau hamis keluar dari faraj saya..rasenye bila keluar,seperti keluar darah haid..sepatotnye skarang saya period..tapi..tak period² lagii.dan saya mengaku pernah melakukan seks..tapi akan berkahwin tidak lama lagi..dan ini..merisaukan saya…apakah keputihan itu..ye???harap dibalas yee

  25. masalah keputihan ini sering kali berlaku dan berbau busuk sehinga malu berhadapan dengan kawan…saya sering kali rasa gatal pada bahagian faraj dan berkudis kadang kadang…saya berasa risau sangat sebab saya merupakan seorang pelajar dan akan berhadapan dengan ramai orang setiap hari..saya risau kalau kalau saya ada penyakit dalaman…tolong saya selesaikan masalah sy

  26. Salam.. sye ad mslah keputihan yg sangat berat, gatal.. pedih² & sakit..
    Keputihan saye wane hijau, kuning & berbau.. sye merupakan seorang pljar, ap yg ptut sye buat??
    Tolong bg onjelasan segera krn sye sudah xthan dgn kgtalan yg sye alami.. ia mnggngu hdup sye.

  27. Hai. Assalammulaikum .sye ade mslh keputihan . Tapy sye da lme biarkam sehingga sekrng berbau .

  28. Assalam…sy mengalami keputihan jenis mcm susu beku.. Selepas melahirkan anak yg kelima.selepas habis brpantang sy mengambil perancang keluarga suntik setiap 3 bln..namun berhenti setelah mgambil suntikan yg ketiga..sampai skrg x uzur lg..apakah itu hormon a tau jangkitan kuman?mohon penjelasan..

  29. Masalah keputihan sy trjadi selepas keguguran 7bln lepas. Sy mengalami morning sickness spt org mengandung tp period normal setiap bln. Merancang utk dpt cahaya mata lg tp belum berhasil. adakah keputihan ini krn kesan HCg atau d&c semasa keguguran?

  30. Salam , sy adda . 18 tahun . Sy baru berkawen . But since sy dah kawen nhe tibe2 sy alami keputihan yg agak teruk . Dy cair dan menyebabkan seluar dalam sy sering basah . Ia juga berbau busuk . Sy dn suami sering melakukan hbungan bersame . Adakah hbungan sy suami isteri yg mnjadi punca ?

  31. Saya mengalami keputihan dalam 1 sebuln ni..agak merisaukan saya dah lewat 2 bulan tak datang haid..tapi dah buat test,,negatif tk mengandung saya risau akan masalh ni…cuma sejak akhir2 sya sellu tidak mengelak untk bersama suami…

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *