Masalah Keputihan Berwarna Coklat

eputihan berwarna coklat

SAYA berusia 28 tahun dan baru berkahwin beberapa bulan lalu. Saya agak keliru dengan lendir yang keluar dari faraj.

Sebelum berkahwin, saya tidak pernah mengalami masalah sebegini. Saya dapati ada keputihan berwarna coklat selama dua hari tetapi dalam jumlah yang sedikit. Menerusi pembacaan, saya fikir ia darah haid sebab masih dalam tempoh 15 hari.

Haid saya sekitar tujuh hingga lapan hari tetapi selepas hampir sebulan tamat haid, lendir coklat itu masih lagi keluar. Kali ini dalam kuantiti yang banyak.

Ketika membuang air kecil, saya dapati ada sedikit darah yang keluar. Apakah masalah yang saya hadapi?
Adakah ia berkaitan dengan kanser serviks? Harap doktor dapat memberi pandangan.

ISTERI RUNSING,
Perlis

SEKIRANYA anda hanya baru menjalani hubungan seks selama beberapa bulan (bukannya lebih awal iaitu sebelum berkahwin), kemungkinan kanser serviks amat rendah kecuali jenis adeno-serviks.

Tidak salah untuk anda mendapatkan pemeriksaan doktor pakar. Kemungkinan kehamilan (dan masalah kehamilan) juga perlu diketahui. Adakalanya, ia juga komplikasi jangkitan faraj berulang ataupun masalah keseimbangan hormon.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/