Masalah Alat Sulit Berkedut

seluar dalam

SALAM doktor. Saya seorang remaja berumur 13 tahun. Saya ada masalah dengan bahagian sulit. Kemaluan saya seolah-olah berkedut di bahagian tepi, berwarna hitam dan boleh ditarik. Apabila saya berjalan atau duduk saya sering tidak selesa kerana terpaksa memasukkan seperti lebihan kulit masuk ke dalam. Masalah keputihan saya juga makin teruk. Kalau dulu berwarna putih jernih sekarang menjadi kekuningan dan berbau. Apakah jalan penyelesaiannya?

Remaja malu, Selangor

Jawapan:

Terima kasih kerana sudi berkongsi masalah ini. Mungkin sudah agak lama permasalahan ini membelenggu pemikiran adik. Usahlah malu, insya-Allah ada jalan penyelesaiannya.

Saya agak apa yang dialami oleh adik sudah bertahun-tahun (atau mungkin sejak kecil lagi). Tidak pula adik nyatakan dalam pertanyaan di atas. Pada kebiasaannya, ia suatu ketumbuhan (kutil) yang jinak dan tidak bermasalah. Ketumbuhan yang ganas akan membesar dalam masa singkat. Kutil sebegini dikenali sebagai cutaneous skin tag, seperti kulit yang terlebih tumbuh. Kebiasaannya berlaku pada bahagian lipatan iaitu di leher, ketiak dan celah paha (pangkal paha). Ia tidak memudaratkan dan tidak sakit serta tidak membesar dalam masa singkat. Ia bertukar rupa dan mungkin menimbulkan kesakitan jika terluka dan dijangkiti bakteria.

Rawatan

Wanita yang mengalaminya disaran berjumpa pakar kulit bagi mendapatkan diagnosis sebenar dan rawatan yang tepat.

Masalah keputihan adalah simptom yang lazim dialami oleh wanita. Ia permasalahan yang kerap berlaku dalam kalangan gadis dan juga wanita dewasa. Penyebab utamanya sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Simptom biasa adalah rasa gatal yang teramat sangat pada bahagian luar faraj, kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar pada bahagian kemaluan), pengeluaran cairan dari faraj yang berwarna putih dan berkeladak, berketul-ketul menyerupai susu basi serta mungkin bertukar menjadi kekuningan dan berbau.

Dalam keadaan normal, kehadiran candida albicans dalam tubuh manusia tidak menimbulkan gangguan. Gangguan hanya akan muncul apabila keseimbangan populasi flora normal ini mengalami perubahan. Perubahan keseimbangan flora normal dalam faraj terjadi kerana beberapa hal, antara lain semasa menstruasi dan kerap membasuh bahagian faraj dengan sabun atau pencuci faraj secara berlebihan. Ini menyebabkan perubahan keadaan hormon yang pada akhirnya akan mempengaruhi keasidan pH pada bahagian faraj. Adanya perubahan pH ini akan mempengaruhi keseimbangan flora normal yang ada di dalamnya dan menyebabkan flora yang tidak normal membiak secara berlebihan.

Pemeriksaan

Rawatan untuk masalah keputihan dilakukan dengan menggunakan ubat antikulat (antijamur). Tindakan tanpa ubat yang patut juga dipraktikkan adalah dengan menghindari penggunaan sabun atau wangian pada bahagian faraj untuk mencegah iritasi, menjaga agar bahagian tersebut tetap bersih dan kering serta menghindari penggunaan pakaian dalam yang ketat dan tidak dapat menyerap peluh. Jumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Anda disarankan menjaga bahagian kemaluan agar sentiasa bersih dan tidak lembap. Penggunaan cairan pembasuh faraj harus dilakukan secara bijaksana dengan mengetahui suatu prinsip bahawa bahagian itu bersifat asidik yang juga lingkungan normal bagi flora normal (mikroorganisme yang dalam jumlah normal tidak menyebabkan penyakit) di bahagian faraj. Adanya perubahan lingkungan normal tersebut, misalnya dengan penggunaan cairan pembilas faraj yang bersifat basa atau alkali (mengandungi sabun) dapat meningkat pertumbuhan flora secara abnormal.

Jadi hendaklah menggunakan pencuci atau pembersih faraj secara berpada-pada dan tidak keterlaluan.

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120701/kn_01/Kutil-bahagian-sulit-tidak-mudarat#ixzz3E4O24UJM
© Utusan Melayu (M) Bhd

Masalah Keputihan? Miss V Berbau Dan Gatal-gatal? Hilangkan SEAWAL 7 HARI!! Terbukti BERKESAN!..KLIK SINI SEGERA!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *