KL Wangan – Filem Aksi Perlumbaan Kereta

kl wangan

KL Wangan – Filem Aksi Perlumbaan Kereta

Selepas kejayaan filem pertama arahannya, “Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit”, Pekin Ibrahim kembali mewarnai industri filem tanah air dengan filem terbaru berjudul KL Wangan.

Filem terbitan Centro Pictures dengan kolaborasi Volkswagen Malaysia ini menampilkan barisan pelakon seperti Faizal Hussein, Emily Lim, Kazuto Soon serta Pekin Ibrahim sendiri. Filem bergenre aksi dengan tajuk ‘KL Wangan’ ini yang mengambil maksud perlumbaan kereta pada waktu malam dalam Bahasa Jepun untuk dijadikan judul filem terbarunya kali ini yang mengisarkan tentang keberanian, dendam dan pengkhianatan.

Turut sama hadir, YBhg. Datuk Seri Proffesor Dr. Haji Khairil Annas Jusoh dan YBhg. Datuk Hajjah Rozzanamoon Dato’ Haji Rahmat, Ahli-ahli Perbadanan FINAS, YBhg. Dato’ Azmir Saifuddin Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah FINAS, penerbit, barisan pelakon, rakan-rakan artis, karyawan dan pihak media bagi memberikan sokongan. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam berhampiran pada 21 Disember ini.

KL Wangan yang bermaksud KL Midnight Race merupakan filem terbaru arahan Pekin Ibrahim. Pengembaraan filem in telah dilakukan sejak 21 Ogos lalu. Filem ini dihasilkan oleh Centro Pictures dan mendapat tajaan dari syarikat besar iaitu Volkswagen Malaysia.

kl wangan poster

Profil Filem KL Wangan 2017

Pengarah : Pekin Ibrahim [Mat Moto, Madness of Borneo]
Studio : Centro Pictures dan Volkswagen Malaysia
Pelakon : Faizal Hussein, Pekin Ibrahim, Emily Lim, Kazuto Soon, Jasmine Suraya
Tarikh tayangan : 21 Disember 2017

Sinopsis

Filem KL Wangan mengisahkan dua pelumba, Hong yang dilakonkan Kazuto Soon dan Yudi lakonan Faizal Hussein mempunyai sejarah di arena perlumbaan kereta biasa hingga kereta berkuasa besar.

Tonton KL Wangan Online. Sila Like atau Tweet Untuk Lihat Video

[viral-lock]

[/viral-lock]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *