Kesan Ganja Kepada Kesihatan

ganja

Ganja mempunyai kesan buruk ke atas personaliti seseorang penagih.Ia merosakkan personaliti secara keseluruhan dan menyebakan seseorang itu mengasingkan diri daripada keluarga dan bergaul hanya di kalangan penagih ganja. Perubahan yang paling ketara pada penghisap ganja ialah sikap tidak peduli,kurang motivasi dan tidak mengambil berat masa hadapan mereka.

Ramai penghisap ganja yang tidak sedar akan perubahan kepada dirinya akibat penggunaan ganja.Mereka menafikan sebarang kerosakkan yang berlaku dan cuba membuat alasan.Apa yang tidak disedari oleh penghisap ganja ialah bahan ini merosakkan bahagian otak yang mengawal serta menilai kelakuan diri.Wlaupun kerosakkan mental berlaku pada diri penghisap adalah ketara kepada orang lain, namun penghisap ganja tidak menyedarinya dan mereka membuat anggapan diri mereka sebagai normal.

Ganja membawa kesan ke atas remaja dari segi mengganggu proses kematangan mereka.Mereka tidak dapat mengatasi masalah emosi,mental.sosial dan fizikal.Sebagai jalan keluar,mereka mengambil ganja untuk melupakan masalah-masalah tersebut.

Ganja merosakkan daya pemikiran,pemahaman,percakapan dan pengiraan.Ia melemahkan daya tumpuan,keupayaan mempertimbangkan dan menyelesaikan masalah kompleks,kebolehan mengatasi ketegangan dan berfikir secara abstrk.Ganja juga melemahkan daya ingatan.Ganja memperdayakan pengguna yang percaya bahawa kebolehan mereka untuk belajar,bermain muzik dan sebagainya lebih baik ketika mereka menghisap ganja walaupun adalah nyata kepada orang lain bahawa prestasi mereka telah menurun.

Jenis-jenis Ganja

Ganja merupakan sejenis bahan yang sangat kompleks.Ia mengandungi sekurang-kurangnya 421 jenis bahan kimia yang mana THC merupakan bahan psikoaktif utama.

Oleh kerana kandungan bahan kimia yang kompleks dan tidak stabil,serta perbezaan yang luas dari segi jenis pokok,asal usul,serta iklim dan cara penanaman adalah amat sukar untuk menjumpai dua sampel ganja yang serupa.

Kekuatan sesuatu bentuk dadah kanabis berhantung kepada kandungan THCnya.THC atau delta 9-tetra hydrocannabinol adalah bahan psikoaktif,salah satu daripada 61 bahan kanabinoid yang hanya terdapat pada kanabis.Ianya terkumpul dalam selaput lemak sel otak dan tubuh manusia apabila kanabis dihisap dan dikeluarkan dengan perlahan-lahan.

Sepuluh tahun yang lalu,amat sukar untuk menjumpai ganja yang mengandungi 1%-2% THC.Tetapi sekarang terdapat jenis ganja yang ditanam khas kerana kandungan THCnya yang tinggi,contohnya sinsemilla yang ditanam di Amerika Syarikat mengandungi 11% THC atau lebih.

Kandungan THC juga kan berubah-ubah mengikut jangkamasa ia disimpan sebelum digunakan,tempat dan suhu simpanan dan sebagainya.Kanabis terdapat dalam bentuk:-

1. Kanabis Herba

Ianya dikenali sebagai Ganja,Marijuana/Grass,Pot/Weed,Bhang,Kif,Takrauri dan Dangga.Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok kanabis yang dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau ‘sate’.Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah antara 0.25%-8%.

2. Resin Getah Kanabis(Hashish,Charas)

Resin/Getah Kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpulkan,dikeringkan/dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk(powbery blok) ataupun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin.Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau,coklat tua atau hitam.Kandungan THC adalah anta 4%-12%.Kebanyakan hashish berasal dari kawasan Timur Tengah.

3. Minyak Hashish

Minyak Hashish merupakan minyak tar dan dihisap bersama rokok atau ganja.Ia diperoleh melalui proses kimia yang dijalankan berulangkali ke atas ganja atau hashish.Ia tidak larut dalam air dan menjadi bertambah pekat apabila terdedah kepada udara.Kandungan THC adalah sangat tinggi(sehingga 60%) dan hanya setitik sahaja akan mendatangkan kesan halusinasi kepada pengguna.

Bahan kimia yang terdapat pada ganja terkumpul dalam tubuh manusia.30%-50% THC yang tertinggal dalam tubuh manusia seminggu selepas menghisap sebatang rokok ganja dan dianggarkan bahawa 4-6 minggu berlalau sebelum kesemua THC dikeluarkan daripada tubuh manusia mengikut proses fisiologi normal.Jika seseorang menghisap ganja terus-menerus selama satu minggu atau satu bulan, THC sentiasa terkumpul dalam semua sel tubuh,terutama sekali di bahagian otak, peparu dan orgam pembiakan,yang mana akan mengubah peribadi dan kelakuan orang itu.

(a)Kesan Kepada Peparu

Ganja mendatangkan kerosakan yang teruk kepada peparu dalam masa yang singkat(18-24 bulan).Penghisap ganja sering batuk apabila menyedut asap ganja. Asap ganja mengandungi THC,bahan kimia lain(yang menyakiti peparu) serta racun-racun seperti karbon monksida dan ammonia.Kesan asap ini begitu teruk sekali hingga para saintis menyatakan bahawa kesan 5 batang rokok ganja adalah sama seperti 112 batang rokok tembakau.

Asap ganja juga merosakkan sistem ketahanan peparu yang secara normal berfungsi untuk membinasakan bahan asing dan bakteria.Penyakit bronkitis dan sakit dada sering berlaku di kalangan penghisap ganja.Selain itu,penyakit laryngitis,lelah dan tanda-tanda awal penyakit kanser peparu juga dilaporkan.

Kerosakan peparu pada pesakit yang telah menghisap ganja selama setahun atau kurang dari itu,adalah lebih teruk daripada mereka yang menghisap 1 ½ bungkus rokok tembakau selama 10 tahun atau lebih.Rokok ganja tidak mempunyai tapisan dan dihisap sehingga hangus.Akibatnya peparu seseorang itu menjadi hitam dan terdapat kerosakan struktur peparu yang teruk.

Ini tidak menghairankan memendangkan bahawa ganja mengeluarkan 50% lebih banyak tar daripada tembakau.Lebih banyak tar disedut ke dalam peparu memandangkan ganja tidak bertapis dan dihisap sehingga hangus.Tar ganja juga mengandungi lebih daripada 150 hidrokarbon,termasuk bahan kimia yang menyebabkan kanser.Dengan itu hanya sedikit sahaja rokok ganja yang diperlukan untuk membawa perubahan menyerupai kanser.Keadaan menjadi lebuh teruk apabila penghisap ganja juga menghisap rokok tembakau dengan kerap.

Oleh kerana asap ganja disedut ke dalam peparu dan mengandungi bahan kimia yang diketahui menyebabkan kanser,penggunaannya secara kerap atau berterusan akan menyebabkan kanser.Walau bagaimanapun,kanse peparu ketara hanya selepas 30-40 tahun.

(b)Kesan Kepada Jantung

Ganja mengubah fungsi jantung.Ia meningkatkan kadar debaran jantung dan menjejas pengaliran darah yang mungkin menyebabkan sakit dada pada mereka yang menghidap penyakit jantung.

(c)Kesan Ganja Ke Atas Otak

THC terkumpul di dalam otak.Oleh kerana THC dibersihkan daripada tubuh dengan begitu perlahan,sesiapa yang menghisap ganja lebih daripada sekali dalam sebulan tidak akan bebas daripada kesan ganja.

Ganja mengubah personaliti penghisapnya.Bukti menunjukkan bahawa seseorang itu hanya perlu menghisap 2 batang rokok ganja seminggu selama 3 bulan sebelum perubahan kelakuan berlaku.Ia tidak lagi mempedulikan masalah/keadaan sekelilingnya dan tidak lagi berasa bimbang.Penghisap ganja mengubah perlakuan diri sendiri tanpa menyelesaikan masalah yang dihadapi. Apabila keupayaan mentalnya menjadi semakin lemah,ia tidak sedikit pun mengambil berat tentang masalah yang dihadapi.

(d)Kesan Ganja Ke Atas Sistem Pembiakan

(i )Lelaki

Penghisapan ganja menyebabkan pengeluaran hormon lelaki testoron merosot.Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon memandangkan bahawa tubuh lelaki juga mengeluarkan hormon perempuan.Akibatnya sesetengah penghisap ganja lelaki remaja mempunyai buah dada.Ganja juga mengurangkan bilangan sperma atau menambahkan bilangan sperma cacat atau tidak normal.Bukti menunjukkan bahawa ini menyebabkan pembentukan janin cacat.Lelaki yang menggunakan ganja dengan banyaknya juga telah didapati mati pucuk.

(ii)Perempuan

Ganja meninggalkan pelbagai kesan ke atas sistem pembiakan perempuan. Antarnya:-
-kedatangan haid yang tidak menentu
-kemungkinan kurangnya telur di dalam overi
-melemahkan daya penyusuan kepada bayi yang baru lahir
-pemindahan kanabinoid daripada ibu ke bayi

Satu kajian di Boston pada tahun 1982 menunjukkan bahawa ibu-ibu yang menghisap ganja ketika mengandung mempunyai kemungkinan 5 kali lebih besar untuk melahirkan bayi-bayi yang cacat.Bayi-bai ini mengalami kecacatan fizikal sama seperti bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang meminum arak ketika mengandung.Kecacatan akal tidak dapat dinilai ketika bayi baru lahir.

Walau bagaimanapun,kemungkinan ia berlaku tidak dapat dinafikan.Bayi-bayi ini mengalami pelbagai masalah ketika dilahirkan seperti kekurangan oksigen, mengalami stress atau berada di bawah pengaruh THC yang terdapat di dalam darahnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *