Keputusan Chelsea VS Atletico Madrid

Chelsea

Atletico Madrid akan bertemu Real Madrid pada final Juara-Juara Eropah selepas menundukkan Chelsea 3-1 pada separuh akhir kedua di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Ini menyaksikan final pada 24 Mei ini di Lisbon membabitkan pertembungan dua kelab dari Sepanyol.
Chelsea mendahului pada minit ke-24 menerusi bekas pemain Atletico, Fernando Tores sebelum Atletico menyamakan kedudukan menerusi Adrian Lopez pada minit ke-34 sebelum separuh masa pertama tamat.

Masuk separuh masa kedua pasukan pelawat menggandakan serangan dan memperoleh gol menerusi penalti disempurnakan Diego Costa pada minit ke-60.

Atletico selesa di depan apabila Arda Turan menyumbat gol ketiga pada minit ke-72 untuk menjadikan agregat 3-1.