Kakitangan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan Dijangkiti Virus H1N1

konstabel polis wanita

TIADA KAKITANGAN PDRM N.SEMBILAN DIJANGKITI:

Sebaran melalui medium whatsapp dan media sosial mengenai kakitangan awam di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dijangkiti virus H1N1 adalah TIDAK BENAR.

Setakat ini kakitangan awam di IPK Negeri Sembilan adalah bebas dari virus ini dan menjalankan rutin tugas seperti biasa.

Sebaran ini sedikit sebanyak telah mengganggu ketenteraman para kakitangan awam PDRM yang bertugas.

Sementara itu, hanya seorang kakitangan awam PDRM IPK Kedah telah meninggal dunia pada minggu lalu yang dipercayai dijangkiti virus Influenza A Positive semasa menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam 2013.

Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber