Kadar Zakat Fitrah 2014 Negeri-negeri Seluruh Malaysia

zakat fitrah

“ZAKAT FITRAH”
Berikut merupakan kadar zakat fitrah negeri-negeri seluruh Malaysia 2014/1435 yang ditentukan Majlis agama Islam negeri. Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya.Zakat fitrah negeri-negeri di seluruh Malaysia 2014:
Kelantan (RM 7.00)
Terengganu (Belum Diumumkan)
Pahang (RM 7.00)
Perlis (RM 6.50)
Kedah (RM 7.00)
Pulau Pinang (RM 7.00)
Perak (RM 7.00)
Selangor (RM 7.00)
Negeri Sembilan (RM 6.50)
Melaka (RM 6.70)
Johor (RM5.00 & RM8.00)
Sarawak (RM 7.00)
Sabah (RM 7.00)
WP Kuala Lumpur, Putrajaya and Labuan (RM 7.00)
Sedikit tambahan maklumat mengenai zakat fitrahWaktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya
3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan
4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.