Kadar Dividen ASB 2013 Dan Bonus

ASB

Kadar Dividen ASB 2013 Dan Bonus

Pemegang unit skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bakal menikmati agihan dividen sebanyak 7.7 sen dan bonus 1 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2013.

Agihan dividen itu akan dinikmati seramai 8.26 juta pelabur dengan melibatkan langganan sebanyak 127.2 bilion unit ASB.

Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, jumlah yang diperuntukkan bagi pembayaran pengagihan dividen tersebut ialah sebanyak RM9.38 bilion.