Jenis Jenis Kad Pengenalan Malaysia

kad pengenalan

Jom Ambil Tahu Jenis jenis Kad Pengenalan Di Malaysia

Bagi rakyat Malaysia warganegara yang normal ataupun biasa, kita mempunyai kad pengenalan yang berwarna biru (MyKad) . Bagi permastautin tetap ianya berwarna merah (MyPR) dan bagi permastautin sementara ianya berwarna hijau (MyKAS)

jenis jenis kad pengenalan malaysia

MyKAD

Pemegang kad pengenalan ini  berstatus warganegara Malaysia. Kelayakn kepada seseorang yang mempunyai Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Kewarganegaraan / Borang Warganegara / Lampiran A (JAKOA)

MyPR

Pemegang kad pengenalan Pemastautin Tetap berstatus bukan Warganegara. Kelayakan berdasarkan permit masuk daripada Jabatan Imigresen Malaysia

MyKAS

Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara berstatus bukan Warganegara. Dikeluarkan kepada seseorang yang dilahirkan di Malaysia tetapi taraf kewarganegraannya tidak dapat ditentukan dan tempoh sah laku 5 tahun dari tarikh dikleuarkan

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara