Jemaah Haji Malaysia 2013 Meninggal Dunia

jemaah haji Malaysia 2013

Seorang jemaah haji Malaysia, Daud Kasim, 64, meninggal dunia akibat masalah jantung di Madinah pagi semalam.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata jenazah Daud diurus oleh Tabung Haji (TH) dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi di Madinah selepas solat Asar semalam.

Katanya Allahyarham Daud meninggal dunia pada jam 9 pagi waktu tempatan semalam di Klinik Zon 1, Hotel Al Haram, Madinah.

Allahyarham adalah jemaah haji di bawah tajaan 1Malaysia Development Berhad dan berasal dari Felda Bukit Easter, Kota Tinggi, Johor.

TH akan melaksanakan badal haji untuk Allahyarham tanpa sebarang bayaran. – Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *