Jana Pendapatan Lumayan Dengan Kuih Raya

Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan dan seterusnya hari raya aidilfitri. Nampaknya suasana meriah ini bakal menjelang tidak lama lagi. Ia dihangatkan lagi apabila terdapat beberapa pusat membeli belah sudahpun memainkan lagu raya…huh..awalnya. Puasa pun belum lagi.

Tapi anda perasan tak kenapa mereka begitu awal memutarkan lagu-lagu hari raya? Sebenarnya suasana hari raya di Malaysia adalah ‘lubuk duit’ bagi peniaga-peniaga ini.

Daripada pasaraya, peniaga jalanan, penjual pakaian, florist (kedai bunga), peniaga makanan di pasar ramadan, pembuat songkok, peniaga produk2 keagamaan dan termasuk juga tukang jahit sudah mula sibuk mengatur strategi bagi mengaut sebanyak mungkin keuntungan daripadda keghairahan berbelanja seluruh rakyat Malaysia ketika musim raya ini.

Di negara kita, ada satu budaya yang tidak terdapat di negara-negara lain iaitu kepelbagaian kuih raya.

Bagi mereka yang pernah tinggal di luar negara, pasti anda dapat membandingkan betapa berbezanya suasana hari raya di Malaysia dengan
negara lain khususnya dari segi kepelbagaian kiuh muih yang dihidangkan ketika hari raya. Daripada kuih-kuih tradisional mahupun kuih raya moden, fenomena ini menambahkan lagi kemeriahan hari raya di negara kita.

Tapi kalau anda perasan, ada satu perubahan yang sangat ketara dalam suasana hari raya yang berlaku di Malaysia sekarang ini. Anda ingat tak bagaimana suatu ketika dahulu, kita yang ketika itu masih kecil, pasti akan sibuk membantu mak, makcik, nenek, kakak didapur menyediakan kuih muih bagi menyambut hari raya. Seronok bukan? Tetapi rasanya zaman tersebut sudah berlalu. Anak-anak, anak-anak saudara kita sekarang lebih suka mengadap Facebook 24 jam.

Manakala, kakak-kakak dan makcik-makcik kita tidak lagi sibuk didapur ketika musim raya. Sebaliknya mereka sudahpun berkerja bagi menampung kos hidup yang semakin meningkat. Dapur-dapur mulai sunyi daripada kemeriahan ketika musim raya.

Namun walau apa pun keadaannya dan bagaimana sibuk pun mereka, setiap rumah mesti menyediakan kuih muih di hari raya. Sebagai alternatifnya, dengan kuasa beli yang mereka ada, mereka akan membeli kuih raya ‘ready made’. Tahukah anda, peluang ini dah lama dicium oleh pengusaha-pengusaha kuih raya sejak sekian lama.

Salah seorang daripada mereka telah berani membuat satu pendedahan tentang rahsia pendapatan lumayan dari bisnes kuih raya sejak 10 tahun lalu melalui satu bentuk penulisan iaitu Ebook Rahsia Kuih Raya

Beliau bukan sahaja membongkarkan teknik pemasaran kreatif yang beliau gunakan, tetapi juga disertai dengan 10 senarai kuih raya yang paling laris berdasarkan rekod jualan beliau sejak 10 tahun lalu. Bukan itu sahaja, resipi rahsia 10 kuih raya tersebut juga disertakan sekali bagi memastikan anda boleh mula buat duti sejurus membaca ebook beliau tersebut.

Apa kata anda baca sendiri apa yang ingin dikatakan oleh Puan Nor Azlina Sidek terhadap potensi pendapatan lumayan bisnes kuih raya ini.

Ikhlas dari

Admin Homefamilysite.Com

1 thought on “Jana Pendapatan Lumayan Dengan Kuih Raya”

  1. Secara tersurat kedatangan Ramadhan adalah memberi satu peluang untuk menambahkan pendapatan sama ada melalui perniagaan kuih huih, pakaian dan sebagainya.

    Tetapi secara tersiratnya, menunjukkan bahawa ujian daripada Allah, berhubung dengan rezeki adalah sungguh hebat. Ujian kepada kehendak perut sungguh kuat. Ini menunjukkan kuat sungguh nafsu makan dan minum manusia. Semuanya bermatlamat kepada untuk mengisi ke dalam perut.

    Sebab itulah cabaran untuk untuk mengekang kehendak makan minum, terutama supaya nafsu makan minum ini menjadi baik adalah bukan kerja senang. Ramai yang gagal. Dan ramai yang masuk ke neraka kerana menurut kehendak untuk mengisi perut.

    Cuba perhatikan semua manusia yang mencari pendapatan, hakikatnya hendak mengisi perut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *