Jadual Gaji Sebaris SBPA atau Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Apa yang dikatakan dengan Jadual Gaji Sebaris SBPA atau Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam dalam Bajet 2012 ?

Mari kita baca petikan dibawah…

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Belanjawan 2012 sebagai yang terbaik dalam sejarah negara kerana ia memberi perhatian kepada semua peringkat rakyat selain mengimbangi defisit negara dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu.

Antara insentif untuk perkhidmatan awam ialah pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) di mana melalui sistem baru itu, penjawat awam akan menerima kenaikan gaji tahunan yang ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred mulai 2012.

Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA juga akan mendapat faedah kenaikan gaji di antara 7 hingga 13 peratus selain pelanjutan umur persaraan wajib penjawat awam dari 58 tahun ke 60 tahun dan penambahbaikan sistem kenaikan gred bagi guru.
Hasil himpunan komen kakitangan awam yang lain melalui laman blog CEUPACS, dapat disimpulkan bahawa Jadual Gaji Sebaris SBPA bolehlah ditafsirkan seperti di bawah:

Contoh perkiraan Gaji sebaris PT17

gred 17,22,26 akan disepadukan

gaji minimun 17 = RM820.38

gaji maksimun 26 = RM3266.95

dalam SBPA mata gaji untuk gred 17,22,26 akan di buat dalam satu baris.

T1 = RM820.38

T2 = RM940.29

T3 = RM1060.20

Ini bererti kumpulan di atas akan mempunyai satu skim gaji yang lebih tinggi berbanding skim lama di mana mata gaji menjadi lebih banyak dan diberi dalam satu tempoh yang lebih lama.

Kenaikan tahunan

T1-T17(RM120),T18-T22(RM160)T22-T30(RM220)

jumlah kemungkinan gaji yang bakal naik mengikut gred

GRED 1-16 = RM80

GRED 17-26 = RM120

GRED 27-40 = RM160

GRED 41-48 = RM220

GRED 52-54 = RM260

GRED JUSA A,B,C = RM320

Satu lagi, berkemungkinan skim baharu ini tidak diwajibkan untuk semua kakitangan awam. Kita boleh pilih nak terima atau tak terima. Mungkin ada kakitangan awam yang tidak berupaya bekerja sehingga umur 60 tahun . Ini bermakna kakitangan awam boleh memilih sama ada menggunakan SBPA atau pun skim gaji lama iaitu Sistem Saraan Malaysia (SSM) berdasarkan petikan ucapan Bajet 2012 yang dibaca oleh Perdana Menteri kita iaitu ( layan petikan kat bawah )….

Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Satu persoalan yang agak menarik adakah dengan menerima skim baharu ini, penjawat awam akan dibolehkan untuk dikenakan tindakan pemberhentian tugas yang lebih tegas berbanding di bawah skim yang lama sekiranya menunjukkan prestasi yang buruk semasa dalam perkhidmatan? Dan adakah mereka dibenarkan untuk pencen dalam usia yang muda seperti yang terkandung dalam teks yang sama , layan petikan kat bawah…

SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Apa yang dimaksudkan dengan Dasar Pemisah? Bagaimana perlaksanaannya dan sejauh mana ianya radikal?  Kesemua intipati berkaitan dasar dan skim baharu ini terlalu kabur untuk dinilai oleh kakitangan awam, sehinggakan ia menimbulkan banyak persepsi yang kurang sedap untuk didengar. Satu-satunya intipati yang mudah difahami mengenai pengumuman fokus keempat Bajet 2012 ini hanyalah yang berkaitan dengan Cikgu. Cikgu lah yang paling untung dalam BAJET 2012.

Cara Jawab Soalan Temuduga

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *