Iskandar Puteri nama baru Nusajaya

Iskandar Puteri

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mengisytiharkan Iskandar Puteri sebagai nama baharu pusat pentadbiran negeri, Nusajaya.

Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata Sultan Johor turut memberi perkenan nama Tangkak bagi menggantikan daerah Ledang dan Kulai bagi Kulaijaya. Katanya, kerajaan negeri sudah meluluskan pertukaran nama itu dan kini dalam proses untuk mewartakannya dan dijangkakan berkuat kuasa Januari tahun depan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia kali ke-4 di sini, hari ini.