Hias Bilik Pengantin

Hias Bilik Pengantin

Dalam budaya perkahwinan Melayu, hias bilik pengantin tidak pernah diketepikan kerana ia menjadi simbolik utama dalam perkahwinan apabila pasangan bersatu secara sah sebagai suami isteri untuk melayari bahtera rumah tangga.

Kamar pengantin dikatakan tempat paling istimewa untuk pasangan baru meluangkan detik romantis, intim dan peribadi dalam memupuk kasih sayang. Justeru, bilik pengantin dihias cantik dan tampak berseri bagi meraikan mempelai.

menjadi kelaziman bilik pengantin diberi perhatian dan diintai ahli keluarga serta sanak saudara ketika majlis berlangsung. Bahkan, ada tetamu yang tidak mahu melepaskan peluang, merakam setiap sudut atau bergambar sama di dalam bilik pengantin berkenaan.

apabila bilik pengantin dihiasi cantik dan berkelengkapan elok, ia seakan menggambarkan kesediaan keluarga pengantin menerima kehadiran ahli baru, selain membangkitkan kemesraan dalam institusi kekeluargaan.

Selain pelamin, bilik pengantin juga dijadikan latar belakang untuk sesi penggambaran pasangan pengantin. Inilah antara sebab mengapa bilik pengantin perlu dihias cantik

Penjimatan perhiasan

Sama ada menukar baru perabot dan hiasan untuk menghiasi bilik pengantin, masih lagi bergantung kepada perbelanjaan individu. Walaupun sesetengah perubahan diperlukan untuk menandakan permulaan bab baru, berbelanja lebih daripada kemampuan, khususnya menghias cantik bilik pengantin tidak wajar kerana membebankan pasangan selepas majlis.

Bilik pengantin yang cantik boleh dihasilkan tanpa kos tinggi. Jika pasangan mempunyai perbelanjaan terhad, menyewa set peralatan tempat tidur adalah idea yang baik. Selain itu, langsir lama boleh diperbaharui dengan penambahan kelambu atau kepala langsir yang baru.

Kerusi lama pula boleh dilapisi dengan fabrik baru, begitu juga dengan kepala katil lama boleh ditutupi ataupun dilapisi dengan kain baru untuk menambah seri bilik pengantin. Apa yang penting ialah fabrik yang tepat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *