Geran RM5000 Untuk Pemandu Teksi

geran

Langkah kerajaan untuk memberi sebanyak RM5,000 tunai kepada pemandu teksi yang menyertai pembekal perkhidmatan e-hailing, Uber, membuktikan sokongan kerajaan yang berterusan kepada industri itu.

Pengurus Besar Uber Malaysia dan Singapura, Warren Tseng berkata langkah itu akan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan teknologi bagi mendapat pendapatan yang fleksibel, dan dengan itu, meningkatkan kesejahteraan sosioekonomi mereka.

“Kami dengan sukacita juga mengesahkan bahawa perkongsian di antara Proton, Bank Simpanan Nasional dan Uber, yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2017, sedang berjalan. Kami akan mengumumkan penerima pertama di bawah projek itu tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Tseng, Uber juga bersedia untuk membantu pemandu e-hailing yang berminat dalam memenuhi piawaian yang telah ditetapkan menerusi program Fastlane yang telah berjaya dilaksanakan di Singapura.

Program itu membantu memudahkan peralihan yang berkesan semasa dilaksanakan di bawah peraturan Lesen Vokasional Pemandu Kereta Sewa Peribadi di negara berkenaan.

“Kami akan menggunakan pengalaman dari negara jiran bagi memastikan peralihan yang cekap dan berkesan kepada persekitaran kawal selia yang baharu bagi para pemandu kami di Malaysia,” kata Tseng.

— BERNAMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *