Gadis Tak Tahan Rasa Gatal

eputihan berwarna coklat

Saya berusia 16 tahun dan mengalami gatal-gatal pada bahagian faraj sejak dua bulan lalu. Pada awalnya saya fikir cuma kegatalan biasa selepas haid tetapi ia berterusan.

Rasa gatal itu mengganggu keselesaan saya terutama waktu malam sehingga mengganggu tidur saya. Saya kerap menggaru kerana tidak tahan dan menyebabkan kemaluan saya menjadi hitam. Untuk pengetahuan doktor, kegatalan yang saya alami bukan saja pada bahagian faraj tetapi juga di celah kelangkang. Kawasan yang gatal itu menjadi hitam dan kadangkala luka kerana digaru.
Namun sewaktu membuang air kecil, tiada rasa sakit. Apakah yang harus saya lakukan?

Gadis bingung,

Terengganu

Adakah terdapat lelehan atau keputihan dari faraj anda? Kadangkala ia boleh dilihat atau melekat pada seluar dalam. Adakah terdapat perubahan pada bibir kemaluan anda iaitu lazimnya menjadi lebih pucat atau kemerahan dan menipis?

Anda mungkin mengalami jangkitan kulat yang berpunca dari dalam faraj. Doktor mungkin akan memberikan anda ubat untuk dimakan bagi menghilangkan jangkitan di dalam faraj berserta krim sapuan pada kawasan kemaluan luar berkenaan.

Sumber : Pakar Sakit Puan http://www.hmetro.com.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *