Filem Highland Towers Menyeramkan ?

higland towers

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3

Filem Sinopsis

Filem Highland Towers mengisahkan tentang pengembaraan Shima yang merupakan pengacara untuk satu program televisyen. Shima mahu buat satu dokumentari mengenai para normal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers. Penggambaran dilakukan pada waktu malam. Shima pula asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya.

Pelbagai kejadian misteri berlaku dan berjaya dirakam dalam lensa kamera . Apakah yang menggangu Shima dan rakan-rakannya itu? Saksikan trailer Highland Towers di bawah…

Apa yang menarik perhatian ada yang kena histeria di dalam panggung wayang semasa menonton filem Highland Tower. Kejadian difahamkan berlaku di Negara Brunei