Elak Terkencing Semasa Batuk

Ramai wanita mengakui mereka sering mengalami masalah terkencing semasa sedang batuk. Keadaan ini semakin serius jika wanita itu sudah melahirkan anak, sedang hamil atau sudah menopaus.Melahirkan anak yg besar melebihi 3.5 kg dan melahirkan anak yg ramai meninggikan lagi risiko kecederaan ini. Keadaan ini sebenarnya berpunca daripada tekanan abdomen yg tinggi dan ia dipanggil ‘tekanan inkontines’ (stress incontinence).

Ada dua punca utama. Pertama akibat dari dua kelahiran normal dulu yang menyebabkan ‘injap’ mengawal pundi kencing rosak. Kelahiran secara normal boleh menyebabkan ‘injap’ ini terkoyak atau urat sarafnya rosak. Ini menyebabkan seseorang itu sukar mengawal pundi kencing. Mungkin kerosakan ini adalah kecil dan tidak diketahui ketika tidak hamil tetapi apabila kehamilan berlaku barulah ketara.

Kehamilan menyebabkan tekanan pada ‘injap’ ini. Kerosakan pada ‘injap’ pundi kencing lebih teruk jika puan mengalami proses bersalin yang lama, bayi bersaiz besar dan doktor terpaksa menggunakan vakum atau forcep bagi membantu anda sewaktu bersalin.

Kedua, ia mungkin berpunca daripada kehamilan itu sendiri yang mana hormon progesterone dari uri sudah melemahkan ‘injap’ pundi kencing. Tambahan tekanan daripada bayi dalam rahim membuatkan ‘injap’ ini sukar dikawal ketika batuk atau bersin. Terkencing  ini memang biasa berlaku di kalangan ibu-ibu yang mengandung dan rawatan adalah sukar bagi ibu mengandung.

Ada beberapa cara puan boleh cuba lakukan. Pertama lakukan senaman Kegel bagi menguatkan otot-otot di dalam pelvis. Otot-otot ini dapat menguatkan ‘injap’ yang lemah. Lakukan setiap enam hingga lapan kali setiap hari. Setiap senaman itu lakukan selama 20 minit.

Kedua sentiasa pastikan pundi kencing p kosong dengan membuang air kecil selalu. Ketiga, lakukan ujian air kencing untuk melihat sama ada ada jangkitan kuman atau tidak. Selepas bersalin semua keadaan ini akan berubah.

Selain itu, masalah kekejangan pada betis sememangnya biasa bagi wanita hamil. Pencegahannya tidak diketahui. Kalau terjadi urutan boleh menolong.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *