Drama TV3 Semua Salahku

semua salahku

Drama TV3 Semua Salahku

Semua Salahku merupakan drama terbaru di slot Lestary TV3 dramamula bersiaran pada 11 Julai 2019 setiap Rabu hingga Jumaat jam 9 malam.

Sinopsis Semua Salahku

Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan.

Walaupun begitu, duit gaji Sofea dihabiskan hanya untuk bergaya dan mencari suami kaya lantas meminggirkan keperluan Haris dan ibunya Fatimah. Haris bergaul dengan rakan yang salah dan mula merompak di luar. Sofea pula sudah berjaya memikat Rosli, suami Yanti yang juga seorang pengurus kafe.

Nasib Sofea ingin berkahwin dengan orang kaya malang apabila Yanti mengambil alih semula kafenya dari Rosli meninggalkan Rosli papa kedana. Suatu hari, Haris mula berang dan bertindak ganas setelah gagal mendapatkan duit dari Sofea sehingga sanggup menampar dan ingin membaling kerusi ke arah ibunya.

Abang Sofea, Hassan yang datang ke rumah Sofea sedih dengan apa yang terjadi dan bertanya kenapa Sofea tidak langsung mengambil tahu perihal ibunya yang tinggal bersama Hassan. Hassan turut menasihatkannya supaya berbakti dengan ibu bapa. Haris akhirnya ditahan reman kerana kesalahan mencuri di kedai telefon bimbit.

Sofea pula menyesal dengan silapnya yang mengabaikan ibunya, bergegas ke rumah Hassan untuk memohon ampun tetapi malangnya, ibunya meninggal dunia.

Senarai Pelakon Drama Semua Salahku

Fasha Sandha sebagai Sofhi
Fauziah Nawi sebagai Fatimah
Nafiz Muaz sebagai Harris
Adiba Yunus sebagai Murni
Fadlan Hazim sebagai Iqbal
Syed Aiman sebagai Rosli
Nafiez Zaidi sebagai Imran

Episod Drama Semua Salahku

Episod 1 Episod 2
Episod 3 Episod 4
Episod 5 Episod 6
Episod 7 Episod 8
Episod 9 Episod 10
Episod 11 Episod 12
Episod 13