Dekorasi Hari Raya Aidilfitri

SETIAP kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, masing-masing sibuk menyediakan segala kelengkapan. Jika boleh semuanya perlu baru-baju, langsir, perabot, pinggan mangkuk, meja makan, lampu, jambangan bunga dan sebagainya.

Tidak kira mahal ataupun murah, setiap rumah pasti dihias mengikut cita rasa dan idea masing-masing.

Menghias kediaman bukan mudah kerana tanpa idea kreatif dan susun atur yang sempurna, keadaan rumah mungkin kelihatan membosankan walaupun menggunakan perhiasan mahal dan berjenama.

Sebab itu ada yang berpendapat cara seseorang menghias rumah sering melambangkan sikap pemiliknya, malah mempengaruhi kesejahteraan sesebuah rumah tangga.

Ia sebenarnya terpulang kepada cita rasa, masa yang diperuntukkan untuk mengemas dan konsep pilihan pemilik kediaman.

Berkunjung

Semuanya bertujuan menambat pandangan saudara mara dan sahabat handai yang berkunjung ketika Aidilfitri nanti.

Bagi mendapatkan lebih banyak pilihan dan barangan bermutu, apa kata mengunjungi Ikea di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Setiap kali tiba musim perayaan, pusat dekorasi tersebut menjadi tumpuan orang ramai khususnya yang bercita rasa moden.

Daripada set dapur, ruang tamu, bilik tidur, Ikea menawarkan pelbagai warna dan fabrik.

Di sini anda boleh memilih fabrik sofa mengikut cita rasa anda dan bagi yang memiliki perabot lama, pilihan fabrik atau sarung sofa yang baru sudah memadai.

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi ? Ya Kediaman Anda Akan Lebih Cantik..Nak Tahu Rahsianya ? Klik Sini

Pilihan langsir

Tidak ketinggalan menukar langsir baru ibarat sesuatu yang wajib di hari raya.

Pelbagai jenis reka bentuk langsir yang terkini ditawarkan selain warna serta gaya yang menjadi trend hari ini.

Bukan itu sahaja, sempena musim perayaan bakal menjelang gedung tersebut juga menawarkan pelbagai perhiasan seperti pinggan mangkuk, pasu bunga, balang biskut dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Ikea bukan saja menjual barangan perabot dan hiasan, malah turut menawarkan perkhidmatan hiasan secara tidak langsung kerana menyediakan lebih 40 bilik pameran hiasan dalam rumah dan pejabat.

Selain perabot, ia turut menawarkan barangan rumah seperti kelengkapan peralatan dapur, bilik air dan hiasan dinding yang boleh diperoleh di bawah satu bumbung.

Istimewanya, jenama ini tidak meletakkan harga yang tinggi pada setiap barangannya kerana amat mementingkan kemampuan pelanggan.

Setiap barangan boleh digunakan sepenuhnya dan Ikea mementingkan konsep setiap barangan mesti mudah dibuat, mudah dibawa dan mudah dipasang. Cara pembungkusan barangan Ikea adalah praktikal kerana ia menjimatkan tempat terutama jika untuk dibawa ke mana saja atau disimpan.

Malah ia juga dapat mengurangkan risiko kerosakan ketika diangkut.

Selain itu, dalam keghairahan menghias kediaman sempena kehadiran Syawal, perkara paling penting menghias kediaman adalah memiliki keberanian bagaimana merancang kediaman berdasarkan kepada keinginan dan cita rasa sendiri.

Sama ada memilih kepada gaya moden atau sebaliknya, ia bergantung kepada pemilik kediaman itu sendiri.

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi ? Ya Kediaman Anda Akan Lebih Cantik..Nak Tahu Rahsianya ? Klik Sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *