Daun ketum Di Bawah Akta Dadah Berbahaya

daun ketum

Pelaksanaan undang-undang daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dijangka dapat dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan pertama pada tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, warta berhubung peruntukan undang-undang khusus untuk daun ketum di bawah Akta Dadah Berbahaya itu telah diserah kepada Peguam Negara untuk ditandatangani.

“Pada 19 Ogos lalu, Menteri Kesihatan (Datuk Seri Dr. S. Subramaniam) telah menandatangani warta supaya daun ketum diletak dalam jadual Akta Dadah Berbahaya dan warta itu telah dihantar kepada Peguam Negara,” katanya selepas merasmikan Seminar Gejala dan Bahaya Penggunaan Daun Ketum di sini semalam.