Darren Tersingkir Dari Konsert Akademi Fantasia 10 Minggu Kedua

Konsert Akademi Fantasia minggu ke-2

Konsert Akademi Fantasia 2013 untuk minggu kedua berlangsung dari Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya.

Darren atau nama sebenarnya Chin Teik Meng, seorang pengurus restoran yang berasal dari Pulau Pinang tersingkir selepas mendapat undian terendah berbanding 10 bintang AF2013 yang lain. Darren dalam konsert minggu kedua ini telah menyampaikan lagu Mantera Semerah Padi nyanyian asal Dato` M.Nasir.

Penyingkiran Darren itu menjadikannya peserta lelaki kedua berturut-turut disingkir dari akademi selepas penyingkiran Sani minggu lalu.

Pengumuman penyingkiran Darren diumumkan oleh Inspirer AF2013, Faizal Tahir selepas hos AF2013, Zizan Razak mengumumkan 3 bintang yang menduduki carta undian terendah. Selain Darren, dua lagi bintnag yang hampir tersingkir ialan peserta duo Irmisa dan Nona.

Darren pada konsert bagaimanapun mempunyai kedudukan undian yang lebih kukuh berbanding Irmisa dan Nona sebelum namanya diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.

Sementara itu, kejutan telah dilakukan kepada Nona dimana dia dibenarkan pulang ke Sabah untuk bertemu dengan ibunya yang dikhabarkan sedang sakit. Nona telah diberi perlepasan selama sehari dan harus pulang ke akademi selepas melawat ibunya nanti.

Konsert AF2013 pada malam ini turut menyaksikan penampilan istimewa penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar yang semakin mencipta nama dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang.

Tiga pengkritik tetap minggu ini seperti biasa ialah Edry Abdul Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz.

Dengan penyingkiran Darren itu, kini tinggal 10 bintang bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini.

Video AF BUZZ – Minggu Kedua

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *