Agama

Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Bagaimanakah caranya?

Kelebihan Berkhatan Mencegah Penyakit HIV dan Barah

SETIAP kali cuti sekolah, ibu bapa mengambil kesempatan menjalankan tanggungjawab ‘mendewasakan’ anak lelaki dengan majlis berkhatan. Proses peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa itu adalah tuntutan agama. Di kampung, majlis berkhatan masih dianggap suatu yang meriah kerana diadakan secara berkumpulan dengan semangat gotong-royong tidak seperti di bandar yang melakukannya secara individu. Ramai berpendapat berkhatan …

Kelebihan Berkhatan Mencegah Penyakit HIV dan Barah Read More »

Perlukah Jujur Apabila Pernah Terlanjur

Ini adalah suatu kesulitan yang amat besar. Cerita salah, tak cerita rasa bersalah. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Namun seperti biasa, apabila kita menghadapi kebuntuan di dalam sesuatu hal, kembalilah kita merujuk Al-Quran dan hadith. Secara ringkasnya, seseorang hanya disunatkan mengaku bersalah pada semua jenis kesalahan yang boleh mengakibatkan hukum dera, seperti berzina dan …

Perlukah Jujur Apabila Pernah Terlanjur Read More »

Senyum Itu Sunnah

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam telah meluluhkan hati sesiapa saja dengan senyuman baginda. Baginda mampu memikat hati dengan senyuman. Baginda menumbuhkan harapan dengan senyuman. Baginda mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dan baginda saw. mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan baginda menjadikan senyuman sebagai lahan berlumba dalam kebaikan. …

Senyum Itu Sunnah Read More »

Penzina Ditimpa 4 Kecelakaan

DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk. Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka …

Penzina Ditimpa 4 Kecelakaan Read More »

Mendidik Anak Cara Islam

Menurut perspektif Islam, pendidikan kanak-kanak ialah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka berteraskan nilai-nilai baik yang bersumberkan Al Quran, Hadis dan pendapat serta pengalaman para ulama. Ia bertujuan melahirkan ” Insan Rabbani” yang beriman, bertakwa dan beramal soleh. Falsafah pendidikan sebenarnya menekankan aspek rohani dan jasmani, sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri …

Mendidik Anak Cara Islam Read More »

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi

Hadits Pertama : “Barangsiapa yang diberi harum-haruman, maka janganlah dia menolaknya, sesungguhnya ia itu ringan bebannya (ringan dibawa) dan harum baunya.” (Shahih riwayat Ahmad, Nasa’i, Muslim dan Abu Dawud dari jalan Abu Hurairah) Hadits Kedua : “Diberi kecintaan kepadaku daripada (urusan) dunia kamu, ialah : wanita, harum-haruman/wangi-wangian dan dijadikan kesejukan dimataku di dalam sholat.” (Shahih …

Hukum Wanita Memakai Minyak Wangi Read More »

Fesyen Islam Terkini Langgar Larangan Allah

DIRIWAYATKAN oleh Imam Muslim, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama ialah kaum yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (supaya melakukan kezaliman). “Golongan kedua ialah …

Fesyen Islam Terkini Langgar Larangan Allah Read More »

Ciri-ciri Wanita Solehah Idaman Lelaki

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH 1. Mencintai Allah dan Rasul Melebihi cinta dan ketaatan kepada orang lain.Sabda Rasulullah s.a.w : “Tiga perkara sesiapa yang memilikinya akan mendapat kemanisan iman: menjadikan Allah dan Rasulnya lebih di cintai daripada kedua-duanya…” Riwayat al-Bukhari dan Muslim. Mencintai Allah dan Rasul dengan mentaati segala suruhan dan larangan syarak. Sabda Rasulullah s.a.w melalui …

Ciri-ciri Wanita Solehah Idaman Lelaki Read More »

Sejarah Valentine’s Day Dan Hukum Menyambutnya

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula membudayai di kalangan masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Perayaan ini dikenali sebagai perayaan hari berkasih sayang, yang menurut mereka adalah saat yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi. Antara …

Sejarah Valentine’s Day Dan Hukum Menyambutnya Read More »

Doa Elak Sihir Dan Santau

Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk mengelak dari terkena sihir MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN MEMBACA TIGA SURAH TERAKHIR ATAU 3 QUL SETIAP HARI. Ia berdasarkan hadith : Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, …

Doa Elak Sihir Dan Santau Read More »

Jauhi Maksiat Bersungguh-Sungguh

BUAT dosa memang seronok. Lihatlah sendiri bagaimana riuh dan heboh dalam golongan yang mengunjungi konsert liar di tepi pantai, dataran, pusat membeli-belah dan kelab malam. Tidak kurang juga yang melakukan maksiat di rumah sendiri iaitu dengan menonton televisyen, radio, Internet, SMS, MMS, sumbang mahram dan sebagainya. Majlis ilmu di masjid tidak diikuti, kitab suci al-Quran …

Jauhi Maksiat Bersungguh-Sungguh Read More »

Hukum Menghisap Payudara Isteri

Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah. Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan …

Hukum Menghisap Payudara Isteri Read More »

Aurat Wanita Dalam Islam

Aurat Wanita Ketika Bersama Wanita Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain. Manakala kedudukan …

Aurat Wanita Dalam Islam Read More »

Cara Mandi Wajib Yang Betul

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke …

Cara Mandi Wajib Yang Betul Read More »