Cara Memilih Condom Yang Sesuai

LELAKI perlu menerima hakikat ini. Tiada apa yang ingin dimalukan. Mahu atau tidak mereka tetap memerlukan kondom. Terutama bagi yang sudah beristeri dan ingin merancang keluarga. Mereka tidak akan membuang masa berhenti dipertengahan waktu melakukan hubungan seks semata-mata untuk memakai kondom sebelum menyambung semula. Tujuannya bagi mengelak kehamilan dan memperoleh nikmat tanpa perlu mencabut zakar ketika kemuncak orgasma.

Walaupun banyak cara untuk menghalang kehamilan seperti penggunaan pil perancang, IUD dan implant atau menggunakan kaedah ‘azl (memancutkan air mani di luar faraj), kondom masih diperlukan.Tetapi sejauh mana pengetahuan anda tentang kondom. Hakikatnya,tidak semua kondom serupa.

Sesetengahnya mampu meninggalkan kesan yang agak hebat. Begitu juga dalam membuat pilihan kerana ukuran zakar bagi setiap lelaki adalah berbeza. Memakai kondom samalah seperti memilih topi untuk disesuaikan dengan kepala anda.

Kondom diperbuat daripada bahan-bahan yang berbeza dan tidak semua bahan sesuai untuk anda. Untuk memilih yang terbak, anda perlu mencuba sebanyak mungkin sebelum memutuskan mana yang terbaik untuk anda. Paling penting ia memberikan keselesaan.

Getah

Paling banyak digunakan dalam pembuatan kondom. la bertujuan untuk mengelak kehamilan dan jangkitan penyakit kelamin. Namun ia belum tentu menjamin 100 peratus kerana geselan yang berlebihan boleh menyebabkan ia koyak. Tambahan pula kebanyakan orang alah terhadap getah. Untuk pelincir pula, gunakan pelincir berasaskan air dan silikon. Jangan sesekali menggunakan minyak (minyak bayi).

Polyurethane

Bahan terbaru yang digunakan dalam pembuatan kondom, dua kali lebih kuat dan tebal daripada getah. Bukan itu sahaja, bahan ini juga berfungsi mengikut suhu badan sehinggakan anda berasa seperti tidak memakai kondom. Memandangkan penggunaan bahan ini agak baru, hanya terdapat dua jenama di pasaran ketika ini. Dari segi harga, ia lebih mahal berbanding kondom yang diperbuat daripada getah. Untuk pelincir, anda disarankan hanya menggunakan bahan berasaskan air, silikon dan pelincir berasaskan minyak.

Tactylon

Juga baru di pasaran dan memberikan rasa sensasi yang tidak jauh bezanya dengan menggunakan polyurethane. la juga boleh diregangkan mengikut kesesuaian saiz zakar dengan mudah. Selain itu ia memberikan kesan sensasi semula jadi. Jika anda memilih menggunakan kondom jenis ini, anda tidak perlu risau untuk memilih pelincir kerana ia sesuai dengan semua jenis pelincir.

Lambskin

Bagi suami isteri yang ingin merancang keluarga dan bebas daripada sebarang jangkitan penyakit kelamin, ia adalah yang terbaik Namun ia agak mahal.

Jadi, jika anda ingin membeli kondom, carilah yang anda rasa sesuai untuk anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *