Cara Diet Berkesan Tanpa Makan Nasi

cara diet berkesan

Demi untuk cantik serta memiliki tubuh ideal ramai je yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk ‘mengikat perut’ daripada menjamah nasi!

Ia merupakan salah satu cara diet berkesan tanpa makan nasi untuk kurus dan paling banyak dilakukan oleh mereka yang sedang berdiet.

Dalam diet ini, pengambilan nasi digantikan dengan makanan lain seperti kentang, gandum, jagung dan sebagainya.

Tapi uols tau tak yang Karbohidrat sangat penting buat tubuh untuk menghasilkan energi. Pengambilan karbohidrat dapat membantu kemampuan otak untuk berfikir dengan stabil.

Jadi,

Sebab itulah dalam diet kita tak boleh mengabaikan kepentingan karbohidrat bagi tubuh.

diet-buah-buahan

Berikut tips peraturan cara diet berkesan tanpa makan nasi yang boleh uols praktik tanpa menjejaskan tanpa menjejaskan tahap kesihatan:

1. Sarapan

Pengambilan satu mangkuk bijirin gandum + segelas susu rendah lemak.

2. Makan Tengahari

Menu makanan bebas seperti ayam bakar, tauhu, sayuran dan tanpa nasi. Sebagai pengganti sumber karbohidrat, boleh ambil ½ biji kentang rebus.

3. Makan Malam

Pengambilan buah-buahan seperti pisang, epal, limau dan pear. Tapi boleh je nak gantikan makan malam ini dengan pengambilan jus buah-buahan.

Haaa cuba lah yer sesapa yang tengah diet nasik tu. Semoga uols sentiasa sihat, cantik kurus berseri. Gitewwww.