Cara Daftar Pengundi

Ramai yang membuat andaian bahawa pilihanraya umum akan berlangsung dalam waktu terdekat ini. Dalam situasi begini, kita sepatutnya sentiasa bersedia dan memastikan bahawa nama kita telah didaftarkan sebagai pemilih untuk membuang undi apabila sampai masa pilihanraya umum nanti.

Jangan tunggu saat-saat terakhir untuk mendaftar, takut nama anda tidak tersenarai nanti. Ketika itu, jangan tahu nak marah pihak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) pula kerana tempoh untuk mendaftar sebagai pemilih dibuka sepanjang hari. Jadi tiada alasan untuk anda tidak mendaftar sebagai pemilih.

Bagaimana hendak mendaftar sebagai pemilih:

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENDAFTARAN PEMILIH?

Pendaftaran Pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang, membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu ia membolehkan Pemilih Berdaftar yang sudah bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam Daftar Pemilih yang sudah disahkan.

KENAPA ANDA PERLU MENDAFTAR?

Untuk mendapat hak anda mengundi dalam pilihan raya serta menggunakan hak anda sebagai seorang warganegara.

SIAPA YANG LAYAK MENJADI PEMILIH?

Warganegara Malaysia;
Sudah mencapai umur 21 tahun;
Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia; dan
Tidak hilang kelayakan.

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR?

– Pergi sendiri ke Pusat Pendaftaran (Sila rujuk tajuk di bawah);
– Bawa bersama Kad Pengenalan anda;
– Pastikan Borang A diisi dengan betul oleh petugas sebelum anda menandatangani borang; dan
– Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda

PUSAT-PUSAT PENDAFTARAN

(a) Ibu Pejabat SPR Malaysia
Tingkat Bawah, Blok C7, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
No. Telefon: 03-88856686

(b) Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri – Klik Sini

(c) Pejabat-Pejabat Pos Berkomputer di seluruh Negara

(d) Kaunter SPR melalui Program Outreach

(e) Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri – Klik Sini

(f) Senarai Penolong Pendaftar – Klik Sini

Diharapkan, sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam proses mendaftar sebagai pengundi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *