Cadangan Pengisytiharan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai Universiti Diraja

universiti diraja

Pengisytiharan Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) sebagai Universiti Diraja merupakan antara perkara yang dicadang, dibentang dan dibahas pada Perhimpunan Agung Umno 2013.

Cadangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu mahukan UiTM dinaungi Majlis Raja-Raja bagi memastikan peranan universiti itu tidak lagi dipertikai mana-mana parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd Rahman berkata apabila UiTM diletakkan di bawah satu bidang kuasa yang kukuh, usaha memperkasa Bumiputera dalam bidang pendidikan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

“Perkara ini perlu diberi perhatian kerana UMNO sebagai parti tonggak orang Melayu perlu memenuhi amanat untuk meningkatkan tahap pendidikan bangsa Melayu,” katanya lagi.

GPMS merupakan antara NGO, golongan profesional dan pihak berkepentingan Melayu yang turut mengambil bahagian dalam memberi input berhubung usul yang akan dibahas anggota perwakilan UMNO pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mulai esok hingga 7 Disember. – Bernama

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *