Borang SARA 1 Malaysia Online Dan Cara Memohon Skim Sara 1 Malaysia

APAKAH SKIM SARA 1MALAYSIA?
Skim SARA 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dibawah RM3000 untuk membuat pelaburan dan mendapat pulangan yang tetap pada setiap bulan.

BAGAIMANA CARA MEMOHON SKIM SARA SATU MALAYSIA?
Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. Jika anda berjaya, pihak bank akan menghubungi sendiri anda.

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SARA 1MALAYSIA:
* Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
* Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000.
* Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
* Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
* Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
* Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
* Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja.sumber

DOWNLOAD BORANG SARA 1MALAYSIA SECARA ONLINE:
*PERHATIAN!.Bagi yang tidak mempunyai slip gaji atau penyata bank, anda hendaklah membawa borang untuk di tandatangani di hadapan saksi seperti Penghulu, Adun, Ahli Parlimen atau Majikan tempat anda kerja untuk diperakukan. Selepas itu, hantar semula borang tersebut bersama dokumen sokongan yang tertera di atas ke bank untuk diproses. Pihak bank akan menghubungi semula pemohon sejurus pemohonan tersebut diluluskan.*

2 thoughts on “Borang SARA 1 Malaysia Online Dan Cara Memohon Skim Sara 1 Malaysia”

  1. there is more to the above syarat2 to the sara 1M :
    1.singles are not eligible;
    2.single mothers without children not eligible,
    3.married couples without children not eligible

    all this according to the banks when we went to apply.I was a
    bit shocked as these criteria was not mentioned in the papers.
    plse clarify.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *