Borang Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 2017 Online

Rumah Impian Bangsa Johor

Projek Rumah Impian Bangsa Johor Yayasan Sultan Ibrahim, yang juga hasil cetusan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bakal menyaksikan rakyat negeri ini berpeluang memiliki rumah sendiri daripada serendah RM80,000.

Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim berkata inisiatif itu bukan setakat satu projek perumahan semata-mata tetapi ia adalah satu inovasi baharu dalam sektor perumahan yang boleh menjadi pencetus perubahan dalam sektor itu.

“Ini kerana, Rumah Impian Bangsa Johor bukan sahaja dijual pada harga berpatutan malah jauh lebih murah berbanding harga pasaran sekarang.

“Semua ini adalah hasil cetusan idea daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku sendiri malah bagaikan hadiah kepada sekalian rakyat Johor sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku,” katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran inisiatif berkenaan di Galleria Kota Raya .

Borang Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 2017 Online

Deposit pula hanya RM1 sahaja dengan skim pinjaman penuh dan bayaran ansuran yang mudah tanpa membebankan rakyat.
Borang Permohonan Rumah Impian Bangsa Johor 2017 boleh didapati di laman web http://yayasansultanibrahim.org.my/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *