Biodata Hannah Delisha

Hannah Delisha

Biodata Hannah Delisha Pelakon Mencintaimu Mr Photographer

Hannah Delisha (Nama asal: Hannah Adlina Blackburne Birch (dilahirkan pada 27 Oktober 1996) ialah seorang pelakon, penyanyi dan hos dari Singapura. Beliau berdarah kacukan Inggeris dan Melayu yang mana bapanya berbangsa Inggeris manakala ibunya berbangsa Melayu Singapura. Hannah merupakan bekas anggota kumpulan duo Delisha, yang dianggotai beliau sendiri dan Mia Delisha. Mereka menghasilkan single yang berjudul ‘Retak’ dan selepas Hannah menjadi penyanyi yang solo, menghasilkan pula single keduanya yang berjudul ‘Anugerah’. ‘Anugerah’ merupakan lagu ciptaan Akir dan Forezen daripada kumpulan Hyperact. Pada tahun 2017, beliau pula menghasilkan single ketiganya, ‘Tidak perlu kata apa-apa’.

Selain berkemampuan menyanyikan lagu bahasa Melayu, Hannah sebenarnya juga boleh menguasai lebih sepuluh lagu pelbagai bahasa. Antaranya lagu Hindi, Jepun, Arab, Sepanyol, Cina yang dipelajarinya secara berperingkat-peringkat hasil tunjuk ajar daripada ibunya sendiri, penyanyi zaman 80-an, Noor Ashikin Ahmad yang mesra dikenali sebagai ‘Kakcik Wujud’ kerana beliau dikenali dengan menghasilkan beberapa CD dan DVD expedisi realiti seram dengan anggota-anggota krew Wujud, Wujud.

Beliau juga pernah muncul dalam drama-drama di saluran Suria seperti Farhana, Kemelut, Kathy Gerenti dan Bingit yang mana Farhana lakonan tersebut merupakan kali pertama beliau berlakon di kaca televisyen.[2] Pada tahun 2017, beliau memenangi anugerah personaliti popular wanita di pesta perdana edisi ke-14 di mana beliau menewaskan pelakon-pelakon wanita yang lain dalam kategori yang sama seperti Nurul Aini, Izyan Mellyna, Lydia Asyiqin dan Sheryn Aisiqa meskipun beliau dalam bidang lakonan tempatan Melayu Singapura dalam tempoh yang pendek iaitu setahun lebih.

Kemenangannya dalam kategori itu juga membuatnya antara pemenang paling muda untuk memenangi anugerah dalam kategori itu pada usia 20 tahun.

 

Sumber: Wikipedia

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *