Berita Kemalangan Bas di Genting Terkini Dan Punca Nahas

kemalangan bas di Genting

Pihak Hospital Kuala Lumpur menjangkakan proses post-mortem kesemua mangsa kemalangan bas di Genting Highland siang tadi akan siap pagi nanti.

Kesemua mangsa yang terbunuh iaitu seramai 37 orang kini berada di HKL. Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Doktor Jeyaindran Sinnadurai, empat kumpulan forensik terlibat melakukan operasi tersebut.

“Setiap prosedur secara umumnya akan mengambil masa sejam umtuk disiapkan, dan kami mempunyai empat kumpulan forensik yang akan melakukan prosedur tersebut secara serentak.

“Oleh itu saya menjangkakan proses post-mortem akan siap sepenuhnya pagi nanti,” kata Dr. Jeya.
Beliau turut menambah 16 lagi mangsa yang cedera berada di HKL (5 orang), Hospital Selayang (8), Hospital Sungai Buloh (2) dan Hospital Bentong (1).

Punca Nahas

Sementara itu Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta pihak berkuasa pengangkutan menubuhkan pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kemalangan bas di Genting Highlands yang meragut 37 nyawa, hari ini.

Sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah sewajarnya perlu diambil bagi mengelak nahas sedemikian daripada berulang. Beliau ditemui media Malaysia setibanya di Bangkok bagi lawatan kerja rasmi dua hari ke Thailand.

[email protected] Utusan.com.my/Bharian.com.my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *