Bercuti Bersama Keluarga

Pada zaman yang serba  moden ini, ibu bapa sangat sibuk dengan pekerjaan mereka lalu tidak ada masa untuk meluangkan masa dengan keluarga mereka terutamanya dengan anak-anak. Disebabkan sesetengah ibu bapa yang sibuk ini juga, anak-anak mereka tidak mendapat kasih sayang yang mencukupi dan ini mendorong anak-anak mereka mencari kasih sayang di dunia luar.

Kadang-kadang , anak-anak akan terjebak dalam aktiviti-aktiviti yang kurang sihat seperti merokok, mencuri serta mengambil bahagian dalam perlumbaa haram.

Oleh itu,percutian bersama keluarga perlulah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun agar sedikit masa yang berkualiti dapat diluangkan bersama keluarga tersayang.Terdapat pelbagai kebaikan percutian sebegini.

Antara kebaikan percutian seumpama ini adalah ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama ahli keluarga. Semasa percutian,ibu bapa dan anak-anak dapat memahami diantara satu sama lain. Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh.

Selain itu, semasa percutian keluarga juga, ahli-ahli keluarga dapat membebaskan diri mereka daripada tekanan-tekanan harian seperti tekanan ditempat bekerja dan sekolah. Ibu bapa juga haruslah mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi bersama anak-anak mereka mengenai keadaan mereka di sekolah. Ibu bapa juga boleh menanyakan tentang perkembangan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Percutian keluarga ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli keluarga. Semasa bercuti, ibu bapa dan anak-anak bolehlah lebih memahami diantara satu sama lain semasa meluangkan masa bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan semasa percutian keluarga seperti berkayak, berkhemah, membeli-belah serta melancong dapat membina suasana yang aman, gembira dan selesa sesame ahli keluarga. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka.

Kesimpulannya, setiap keluarga haruslah mengadakan percutian bersama kelurga setiap tahun dan haruslah percutian sebegini haruslah diteruskan pada tahun-tahun akan datang. Hal ini secara tidak langsung akan menwujudkan keluarga yang harmoni serta bahagia. Percutian keluarga juga mampu meningkatkan pendapatan Negara terutamanya dalam industri pelancongan.

Oleh itu ibu bapa haruslah bertindak giat untuk mengadakan percutian keluarga untuk melahirkan keluarga tersayang. Ibu bapa merupakan tiang utama dalam sesuatu institusi kekeluargaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *