Bayi Sembelit – Apa Yang Anda Perlu Lakukan

Bayi sembelit ialah keadaan dimana bayi anda bermasalah atau sakit ketika membuang air besar. Najis biasanya menjadi keras. Ia juga boleh didefinisikan sebagai sembelit sekiranya bayi anda tidak membuang air besar lebih daripada empat hari.

Apa yang membimbangkan ialah bayi anda mungkin takut untuk membuang air besar selepas itu dan sengaja menahan najis kerana takut melalui situasi yang menyakitkan seperti sebelumnya. Ini mungkin menyukarkan anda dan menambahkan lagi masalah sembelit anak anda.

Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan segera supaya keadaan ini tidak akan berterusan.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya bayi anda mengalami sembelit ?

Mandikan bayi anda
Apabila anda mandikan bayi anda, bayi akan berasa lebih tenang dan segar dan ini membantunya untuk membuang air besar dan najis mungkin lebih mudah dilkeluarkan. Ketika mencuci bahagian bawah, anda boleh
menyapu sedikit petroleum jelly di luar bahagian anus.

Mengurut dengan lembut perut bayi
Proses urutan perlu dilakukan dengan lembut. Urutan dimulakan di bahagian pusat dan secara perlahan bergerak ke arah luar dalam bulatan mengikut arah jam. Anda boleh menggunakan krim atau minyak bayi
(baby’s oil) untuk tujuan ini. Sekiranya bayi anda gembira anda boleh teruskan proses ini.

Jangan menggunakan jari
Jangan sesekali menggunakan jari atau alat lain ke dalam anus bagi merangsang pengeluaran najis. Ini ditakuti mencederakan bayi anda.

Lebihkan makanan serat dan sayuran
Bagi bayi enam bulan ke atas yang sudah memulakan diet selain susu, anda boleh lebihkan makanan dengan kandungan serat yang tinggi seperti sayur. Ada juga ibu yang memberikan bayi mereka jus prune bagi membantu mengurangkan sembelit.

Dapatkan nasihat pakar kesihatan
Anda juga boleh berjumpa dengan pakar kesihatan anda dan berbincang tentang susu formula yang sedang diambil dan keperluan anda untuk bertukar kepada susu formula yang lain. Kini terdapat beberapa susu infant formula yang dirumus khas bagi bayi yang mempunyai masalah sembelit.

Petua Untuk Bayi Sembelit

Petua 1
Jika bayi berusia 2 atau 3 bulan mengalami masalah tidak boleh membuang air besar beberapa hari, cubalah petua ini.Layur beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu. Letakkan daun kunyit itu di atas perut bayi.InsyaAllah beberapa minit kemudian bayi anda pasti akan membuang air besar.

Petua 2
Ambil secamca madu lebih lalu bancuhkan dengan segelas air kemudian beri bayi minum. Insyaallah jika anda yakin pasti berjaya. Selamat mencuba!

9 thoughts on “Bayi Sembelit – Apa Yang Anda Perlu Lakukan”

  1. anak sye dah 4 hari x buang air besar…
    sblum ni xpenah mcm ni…
    sye fully breastfeed jugak, kenapa ek?
    adekah sebab pemakanan sye? risaunye…
    ingat nak bawak gi doktor je la..
    anak sye baru 4bulan je

  2. If fully breastfeed takpe if lama x berak.. max 10days.. then dia akan berak… if formula milk mmg kena hari2 buang ye 🙂 sooo dont worry.. asalkan bby sihat. Aktif. Perot tak keras…

  3. Salam and sy umur sebulan lebih to dh 4 hr xberak.. Sy campur susu badan dgn formula..risaunye hati nie..

  4. susu formula apa awak guna? masa anak sy sembelit ari tu sy bagi dia minum susu mamil. sbb ramai kwn sy ckp mamil boleh ilangkan sembelit kat budak2.. sy bg anak sy mnum mamil. 5 6 hari lepas tu sembelit dia ilang terus, buang air besar pon tak sakit dah

  5. Saya nak tanya la, anak saya xsesuai minum susu lembu kalau minum mesti sembelit, aritu saya ader bg susu frisolac comfort rumusan khas utuk sembelit tapi susu nie susah nak dapat, so tukar susu soya tapi anak sy langsung tak nak minum, nak xnak sy terpaksa beli susu lectogen tapi tula nie da 2 hari tak membuang air besar… asyik meregek jee… tido pun tak lena… masalah nye frisolac comfort tu mmg susah nak dapat,, ada siapa2 tahu tak susu apa yang sama mcm frisolac comfort? Selain susu novalac, da try da tp sme jer sembelit… baby berusia 5bulan lbh…

  6. Anak sy fully breastfeeding..umur anak dah sbulan lebih..tp dah 2 hari dia xbuang air besar..asyik meragam xnak tido dan nangis..ape yg patut saya lakukan??rsau sbb ni anak yang first xde pengalaman langsung…

  7. Assalamualaikum…anak sy berusia 9bln…sudah seminggu anak saya berak najis nya keras…sedih bila tengok susah nak teran berak..saya dah cuba bancuh madu dgn air…anak dah kerap berak tapi najis nya masih keras..mohon petua atau nasihat supaya anak najis nya tak keras lagi..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *