Barack Obama Mengutuk Keganasan Di Mesir

berita terkini mesir

 

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengutuk campur tangan pasukan keselamatan Mesir dalam meleraikan perhimpunan aman para penyokong Presiden Dr.Muhammad Mursi. Pada masa yang sama beliau turut mengumumkan pembatalan latihan tentera AS dan Mesir yang dijadualkan berlangsung bulan depan.

Beliau turut menegaskan Amerika Syarikat tidak bersetuju dengan tindakan drastik yang dilakukan oleh pasukan keselamatan kerajaan sementara. “Kami kesal dengan keganasan yang berlaku ke atas orang awam. Kami turut menyokong hak manusia sejagat termasuk hak untuk membuat bantahan secara aman.”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *