Bantuan Tunai Ihsan Covid 19 Negeri Johor

Bantuan Tunai Ihsan COVID-19 Johor sebanyak RM250 dan RM500 yang diumumkan adalah bagi mereka yang tercicir daripada menerima sebarang bantuan.

Bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada golongan sasaran, kesemua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sudah melantik wakil / penyelaras bagi membantu mereka yang berkenaan membuat permohonan.

Wakil / penyelaras akan dilantik oleh pusat saluran (Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat ADUN dan Pejabat Daerah) dalam kalangan pemimpin masyarakat setempat.

bantuan covid negeri johor

Penentuan kepada mereka yang layak menerima Bantuan Tunai Ihsan COVID-19 Johor tertakluk pada penilaian akhir oleh sistem e-IHSAN Johor di bawah kendalian Perbendaharaan Negeri Johor

Sehubungan itu, disertakan nama dan nombor wakil / penyelaras yang dilantik di kawasan 56 ADUN itu seperti yang tertera di bawah.