Bantuan RM500 – Orang Bujang Yang Mempunyai Tanggungan Layak Memohon


Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan.

Manakala pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Info Bantuan Tunai RM500

Tarikh Pendaftaran
10 Desember 2011 hingga 10 Januari 2012

Tempat
Muatturun borang secara percuma di  http://www.hasil.gov.mymulai 10 Disember ataupun anda boleh dapatkan borang di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri. Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta agensi kerajaan.

Borang yang telah lengkap diisi perlu dikepilkan bersama salinan kad pengenalan dan diserahkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih,pejabat cawangan LHDN ataupun 17 buah Pusat Khidamat Hasil di seluruh negara selewat-lewatnya 10 Januari 2012.

Siapa Yang Layak Memohon?
Keluarga yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3000

Kriteria Pemohon
Ketua isi rumah yang merangkumi

1. individu yang telah berkahwin,termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu-bapa

2. individu bujang, dudadan ibu tunggal yang mempunyai tanggungan warga emas sebatang kara

Untuk Maklumat lanjut hubungi LHDN di talian 1-300-88-3010

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *