Bank of Johor Bakal Bantu Rakyat Negeri Johor

bank of johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan sebuah bank sendiri yang boleh dinamakan Bank of Johor.

Sultan Ibrahim bertitah, bank berkenaan akan memberikan perkhidmatan perbankan kepada rakyat negeri ini bukan sahaja untuk tujuan perumahan atau pembiayaan projek pembangunan tetapi untuk simpanan tabungan dan pelaburan.

“Dengan rizab wang tunai kerajaan negeri mencecah RM3 bilion dan pendapatan kerajaan serta syarikat-syarikat milik kerajaan negeri yang mencecah RM7.5 bilion setahun, sudah pasti mereka boleh menjadi pemegang saham untuk Bank of Johor ini,” titah baginda merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di sini sebentar tadi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *