Banjir Di Pahang Semakin Buruk

banjir

Banjir di Pahang semakin buruk apabila lebih 5,000 mangsa dipindahkan di pusat pemindahan banjir di empat daerah di sini.

Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang,

daerah terlibat adalah Rompin, Kuantan, Pekan dan Maran.

“Di Rompin seramai 2,595 mangsa dari 23 kampung terlibat ditempatkan di enam pusat pemindahan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut jurucakap tersebut, di Pekan sebanyak enam kampung terlibat dengan 341 mangsa dipindahkan ke enam pusat pemindahan.

Di Kuantan seramai 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan. – Kosmo!

Sumber : Kosmo Online

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *