Baju Raya 2012 : Jahitan manik jadi tumpuan

SEMAKIN hampir ketibaan bulan Ramadan, para pereka fesyen dan pemilik butik bekerja keras bagi mengeluarkan koleksi terbaru baju kurung untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Malah mereka sudah mula sibuk menghasilkan rekaan terkini sejak enam bulan lalu kerana menyedari saingan yang hebat di kalangan pemilik butik dan pemborong pakaian.

Sudah semestinya baju kurung menjadi keutamaan kerana baju kurung menjadi antara baju yang mesti dimiliki semasa musim perayaan masyarakat Islam di negara ini.

Walaupun baju kurung tidak mengalami banyak perubahan dari segi potongan namun perincian seperti sulaman dan perhiasan manik diberikan tumpuan.

Ini kerana sulaman yang ditambah dengan jahitan manik pada baju kurung menjadikan baju kurung nampak lebih cantik dan memikat.

Agar sulaman dan jahitan manik Nampak lebih menyerlah, pilihan jenis fabrik yang sesuai ialah sifon polos. Kelembutan sifon ditambah dengan perhiasan yang bersesuaian menjadikan sehelai baju kurung itu tampil eksklusif.

Jika pada tahun-tahun lalu mungkin pembeli berfikir dua kali untuk membeli baju kurung sifon kerana kainnya nipis dan perlu dipakai dengan inner, kini pereka fesyen yang menyedari masalah pelanggan memudahkan pelanggan dengan membuat baju kurung yang sudah siap berlapik.

Justeru pelanggan tidak perlu lagi memakai inner lebih-lebih lagi tidak sesuai dengan cuaca negara kita yang panas.

Walaupun sifon polos menjadi pilihan utama namun bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pembeli, sifon bercorak bunga turut disediakan.

Corak dan warna yang lembut mampu menjadi tarikan tidak kira kepada semua peringkat umur.

1 thought on “Baju Raya 2012 : Jahitan manik jadi tumpuan”

  1. This is really interesting, You’re a very skilled blogger. I’ve joined your rss feed and look forward to seeking more
    of your great post. Also, I have shared your web site in my
    social networks!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *