Bajet 2014 Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M Dinaikan

BR1M 2014

Pada pebentangan Bajet 2014 kerajaan mengumumkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dinaikkan kepada RM650 daripada RM500 bagi individu yang dibayar gaji RM3,000 dan ke bawah sebulan, manakala bujang akan menerima kenaikan bayaran kepada RM300 daripada RM250 sebelum ini.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan rakyat di sini, sebentar tadi.

isi rumah yang layak (RM650):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun kebawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.

• Individu yang layak (RM300):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.

Borang Dan Semakan Permohonan BRIM 2014 layari https://ebr1m.hasil.gov.my/

2 thoughts on “Bajet 2014 Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M Dinaikan”

  1. farahdiana binti azimi

    salam..utk permohonan baru brim 2014 perlu mendaftar yg baru atau tidak perlu?? sebab tahun lps dah pernah mendaftar..sila terangkan serba sedikit…

  2. Saba thorokossziqk part II

    Saya s.saba bin sesa
    i.c no :810213-12-5881 memohon pd yg bkenaan agar dapt menyemak sama ada saya layak atau tidak menerima BR1M dsebabkan saya adalah pemohon baru BR1M di tahun 2014 ini mohon di tolong

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *