Aurat Wanita Dalam Islam

Aurat Wanita Ketika Bersama Wanita

Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.

Manakala kedudukan aurat seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam pula para ulamak berselisih pendapat mengenainya. Perselisihan berlaku berpunca daripada penafsiran ganti nama (dhamir) “mereka” dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:

“Perintahlah (wahai Muhammad) akan wanita Mukminin supaya mereka mengawasi “mereka” dan supaya mereka menjaga alat-alat kemain mereka dan aurat mereka. Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir (muka dan dua tapak tangan). Dan wajib mereka memakai tudung kepala serta menutupi bahagian dada mereka….”

Para ulamak yang menafsirkan ganti nama “mereka” itu dengan erti wanita-wanita Islam sahaja, berpendapat adalah tidak harus wanita-wanita Islam mendedahkan sebarang sebarang aurat mereka biarpun yang lain selain daripada anggita yang terletak di antara pusat dan lutut apabila berhadapan dengan wanita bukan Islam.

Kedudukan wanita bukan Islam di dalam masalah ini samalah dengan kedudukan lelaki ajnabi. Inilah pendapat yang menjadi pegangan sekumpulan fuqahak mazhab Shafie, Umar, Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij dan lain-lain yang sebahagian besarnya daripada golongan ulamak salaf.

Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah katanya:

“Sesunguhnya telah sampai ke pengetahuan bahawa wanita-wanita ahli Dhimmah telah masuk ke dalam bilik-bilik mandi bersama-sama wanita Islam maka hendaklah kamu melarang perkara yang sedemikian dan menyekatnya daripada terus berlaku kerana tidak diharuskan begi seorang wanita Dhimmiyah melihat aurat wanita Islam.”

Ibnu Abbas r.s pula menyatakan bahawa:

“adalah tidak harus seorang wanita Islam dilihat oleh wanita Yahudi atau Nasrani.”

Bagi mereka yang mengatakan bahawa maksud gantinama “mereka” itu sebagai wanita secara umumnya, iaitu Islam dan bukan Islam, berpendapat adalah harus bagi wanita Islam mendedahkan aurat mereka di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti kedudukannya ketika berhadapan dengan wanita Islam yang lain.

Dengan erti kata bahawa wanita Islam diharuskan mendedahkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini adalah pendapat ulamak mazhab Hanbali dan juga salah satu pendapat fuqahak mazhab Hanafi dan Shafie. Pendapat ini disahkan pula oleh al-Ghazali dan al-Fakhrul Razi, dua ulamak tokoh dari mazhab Maliki.

Al-Fakhrul Razi berkata:

“Pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan manusia pada hari ini yang hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi para wanita Islam melindungi diri mereka daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”

Mereka mengatakan bahawa maksud “mereka” itu adalah wanita khusus yang dikenali melalui persahabatan, pekerjaan dan perkenalan sama ada wanita Islam atau bukan Islam, menegaskan bahawa harus bagi para wanita Islam mendedahkan auratnya kecuali bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lutut, tanpa sebarang hijab(penutup) di hadapan wanita-wanita yang terhormat dan mulia(tinggi peribadinya) biarpun mereka itu bukan Islam.

Jelasnya, neraca keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama. Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan dengan wanita fasik yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya. Ini adalah pendapat al-Maududi, seorang ulamak mutakhir yang amat popular di kalangan umat Islam masa kini. Suatu pendapat yang sederhana yang dapat menyelaraskan dua pendapat sebelumnya, dan ia amat sesuai sekali dengan suasana dan keadaan sekarang ini.

Kita berasa agak sukar untuk menerima pendapat pertama kerana kedudukan pergaulan sekarang ini di antara orang Islam dan bukan Islam memang tidak dapat dielakkan. Setiap hari kita bertemu dan berurusan dengan mereka di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Malah kita tidak dapat pula mengamalkan pendapat kedua kerana tanpa membezakan di antara wanita bukan Islam yang berakhlak dan tidak berakhlak bererti kita mendedahkan para wanita Islam kita pada suatu keruntuhan moral yang mungkin lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan.

Mengikut keadaan suasana keadaan di Malaysia ini dan bagi mengelakkan fitnah serta kesesuaiannya dalam masyarakat kita, dapat disimpulkan bahawa, aurat wanita muslim dengan wanita muslim yang lain dan wanita non-muslim adalah sama. Iaitu dibolehkan wanita Islam mendedahkan rambutnya sampai bawah leher, tangannya dan dari lutut ke bawah.

Auratnya Bersama Hamba

Mengenai auratnya (wanita) bersama harnba, jikalau hambanya perempuan maka hukumnya adalah menyerupai auratnya bersama para wanita yang lain tetapi jikalau hamba tersebut adalah lelaki maka mengikut pendapat yang paling tepat, auratnya wajib ditutup sama seperti ketika dia berhadapan dengan seorang lelaki ajnabi.

Auratnya Bersama Pondan

Mengenai auratnya (wanita) bersama pondan, sekiranya fitrah kejadian pondan terbabit adalah semuiajadi maka hukumnya adalah sama seperti auratnya ketika bersama muhrimnya yang lelaki iaitu selagimana pondan tersebut masih kekal begitu dan tidak berubah nalurinya menjadi bernafsu.

Auratnya Bersama Kanak-Kanak

Mengenai auratnya (wanita) bersama kanak-kanak, sekiranya kanak-kanak tersebut belum mumayyiz dan belum bernafsu maka hukumnya ialah sama seperti hubungan sesama wanita iaitu dibenarkan auratnya dilihat oleh-kanak-kanak tersebut melainkan pada bahagian di antara pusat hingga ke lutut Akan tetapi sekiranya kanak-kanak itu sudah pun mumayyiz dan bersyahwat maka hukumnya adalah sama seperti ajnabi.

Aurat Ketika Bersendirian

Pada dasamya, umat Islam dilarang daripada tidak berpakaian sekalipun ketika berseorangan tetapi dibenarkan jikalau keadaan memerlukan begitu seperti ketika berada dalam bilik air untuk mandi atau membuang air. Ini berdasarkan Hadis sahih yang menerangkan bahawa Nabi Musa dan Ayub a.s. pernah mandi tanpa mengenakan kain basahan sedang Nabi s.a.w. ketika menyatakan hal ini, baginda hanya berdiam diri sahaja. Oleh itu, haram tidak berpakaian ketika bersendirian tanpa apa-apa keperluan, makruh tidak berpakaian ketika mandi dan diharuskan ketika membuang air.

Aurat Wanita Tua

”Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[4]”

Abdullah bin Ibrahim al-Jarullah menegaskan bahawa pengkhususan hukum kepada wanita tua menunjukkan bahawa wanita-wanita muda yang masih mempunyai keinginan untuk berkahwin tidak temasuk dalam penunjukan hukum atau khitab ayat ini. ‘Atiyyah Saqar dalam fatwanya telah mengulas kedudukan ayat ini dengan menyandarkan kepada pendapat-pendapat yang muktabar tentang maksud

atau tua seperti yang dikehendaki dalam ayat di atas, ialah:

1. Perempuan yang sudah berhenti atau tamat perkerjaan (pencen) dan tinggal di rumah sahaja tanpa lagi melakukan kerja-kerja luar
kerana sudah tua

2. Perempuan yang tidak lagi menarik kerana sangat tua.

3. Perempuan yang putus haidh dan tiada keinginan berkahwin lagi

Al-Qurtubi dan Ibn Kathir memindahkan pendapat ilama, wanita yang dianggap tua seperti dalam tiga keadaan di atas diharuskan menanggalkan pakaian jilbab. Dr. Muhammad Rawwas Qal’aji dalam kitabnya, Mawsu’ah Fiqh Abdullah bin Abbas Qal’aji menyebut bahawa :

“Harus bagi perempuan tua daripada kalangan wanita bahawa dud.uk di rumah-rumah mereka dengan memakai dir’i (baju yang menutup bahagian atas) dan khimar (sesuatu yang menutup kepala) tanpa mengenakan jilbab (pakaian luaryang longgar) dan bahawa klaki-lelaki masuk menemui mereka di rumah-rumah mereka sedangkan mereka dalan situasi tersebut. Jika sekiranya zahir daripada mereka bahagian yang pada adat didedahkan tanpa memberatkan seperti lengan, telinga dan leher atau seumpamanya.

Mungkin pandangan inilah yang banyak diketengah dan diamalkan oleh kebanyakan umat Islam terutamanya wanita tua di negara ini. Perempuan dibolehkan menampakkan muka hingga ke telinga, leher hingga ke pangkal leher baju yang dipakai yang mana buka leher bajunya tidak terlalu luas dan dua tangannya sehingga ke lengan iaitu di bawah paras siku.

Rambut perempuan tetap dianggap aurat di sisi syarak. Dengan itu mereka masih wajib menutup kepada dengan kain tudung atau terbus. Namun, apabila mereka keluar daripada rumah, auratnya tetap sama seperti wanita muda.

Hikmat wanita tua diharuskan membuka jilbab kerana sebab tertentu,

1. Amat keberatan di atasnya melazimi disebabkan tua.

2. Rambutnya telah uban atau jarang merendahkan risiko kehadiran fitnah

3. Sebahagian besar masanya dihabiskan tinggal tetap di rumah. Keadaan ini menjadikan ia jarang-jarang bertemu dengan lelaki ajnabi.

Prof Madya Dr Abdul Karim Ali (Pensyarah Pengajian Alsunnah Apium)

1 thought on “Aurat Wanita Dalam Islam”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *