Malam Anugerah Lawak Warna

anugerah lawak warna

Buat julung kalinya Anugerah Lawak Warna yang dianjurkan Astro Warna diadakn pada tahun ini. Tinggal beberapa minggu sebelum malam anugerah yang dinantikan ramai.

Antara kategori yang dipertaruhkan dalam Anugerah Terbaik termasuk Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Terbaik (TV dan Filem), Siri TV Komedi Terbaik, Siri Komedi Kanak Kanak TV Terbaik, dan Pengarah Komedi TV / Filem Terbaik.

Untuk membuat undian cukup mudah. Taip ALWKod Mengundi atau ALW<3/5/10>Kod Mengundi untuk (3/5/10 undian) ke 32777. Contohnya, ALW A1 ke 32777. Jika anda ingin menyumbang 20 undian kepada finalis kesayangan anda, taip ALW20Kod Mengundi ke 32777.

Calon-calon bagi setiap kategori dan Kod Mengundi mereka boleh didapati di laman web rasmi Anugerah Lawak Warna di www.AnugerahLawakWarna.com.my. Tetapi perlu diingatkan, kadar premium untuk setiap undian adalah sebanyak RM0.50. Kadar telco tertakluk. Syarat & Terma tertakluk di www.astro.com.my.

Nama-nama yang berjaya menempatkan diri di dalam Top 5 terdiri daripada Zizan (‘Hantu Kapcai’), Johan (‘Ponti vs Orang Minyak’), Shaheizy Sam (‘Adnan Sempit 2’), Along (‘Adnan Sempit 2’), Que Haidar (‘Rock Oo’), Intan Ladyana (‘Adnan Sempit 2’), Sharifah Amani (‘Ponti vs Orang Minyak’), Lisa Surihani (‘Istanbul Aku Datang’), Yana Shamsudin (‘Wawa Semput’), Sharifah Shahira (‘Ponti vs Orang Minyak’), Johan (Super Spontan), Yus Jambu (Karoot Komedia), Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar), Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi), Saiful Apek (Syok: Balik Balik Rempit), Susan Lankaster (Keluarga Iskandar), Scha Al Yahya (Jodoh), Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV), Norkhiriah (Mak Sanggup) dan Sheila Mambo (Kampung Semarah Padi).

Apa yang diharapkan agar keputusan pada malam itu nanti akan memuaskan hati semua pihak tanpa menimbulkan isu berat sebelah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *