Amalan Onani Membawa Keburukan

onani perempuan

Untuk bacaan WANITA DEWASA sahaja !! Kandungan artikel ini mengandungi unsur-unsur seksual dan sebagainya yang tidak bersesuaian untuk sesetengah pihak, terutama di bawah 18 tahun. Sila keluar jika anda tidak selesa dengannya!  Sila like sebagai tanda anda bersetuju dan berumur 18 tahun ke atas sebelum artikel dipaparkan..

[viral-lock]
Amalan onani atau pun melancap memang ketara di kalangan remaja lelaki dan perempuan dan ia berlaku akibat akil baligh apabila perasaan nafsu syahwat membara. Apabila onani menjadi amalan yang kerap dilakukan, remaja mendapati ia menjadi tekanan pula, mengakibatkan keletihan, lemah, sukar tumpu pada pelajaran, kurang prestasi sukan dan pelajaran serta gangguan kesihatan.

Sebilangan remaja yang masih kekal dengan amalan ini akan ketagih dan meneruskannya walaupun sudah berada di alam perkahwinan.Malah, mereka dapati amalan onani itu lebih seronok daripada melakukan hubungan seksual dengan pasangan. Lebih-lebih lagi jika mereka sangat mudah terangsang dan sukar mengawal klimaks.

Remaja yang kerap melakukan onani, baik lelaki atau perempuan, akan mendapati mereka tidak mudah mencapai klimaks dan kepuasan seks dengan pasangan jika rangsangan dialami tidak sama dengan rangsangan yang mereka peroleh daripada cara onani yang dilakukan.

Ini membuatkan hubungan seksual dengan pasangan hambar. Ada juga sebilangan remaja mengalami masalah kemaluan akibat onani dan ini mungkin akibat kerosakan pada fungsi anggota sulit, lebih-lebih lagi jika mereka gunakan kekerasan untuk mencapai klimaks.

Jadi kini anda tahu onani ada keburukannya dan natijahnya jika tidak dapat mengawal nafsu. Anda saja yang dapat mengawal perbuatan ini. Jika anda perlu lakukannya untuk melegakan tekanan seksual, itu boleh diterima, untuk mengelakkan dari melakukan perkara lain seperti terbabit dengan seks rambang.

Elak menonton filem lucah atau bahan-bahan yang menaikkan nafsu syahwat. Dalam keadaan terangsang, pasti anda melepaskan perasaan dengan melakukan onani. Tingkatkan aktiviti sosial anda dan lebih berkecimpung dalam sukan dan aktiviti reakreasi. Amalkan gaya hidup yang lebih sihat sihat.
[/viral-lock]

9 thoughts on “Amalan Onani Membawa Keburukan”

  1. Saya seringkali beronani.saya akan menggunakan air dan memancutkannya pada alat sulit saya sehingga saya rasa puas.masalah yang saya hadapi sekarang ialah alat sulit saya telah berubah bentuk dari yg asal.iaitu di tempat kencing.adakah ia akan membawa kesan buruk kepada saya apabila saya sudah berkahwin nanti?

  2. saya sering kali beronani ketika haid.adakah akan membawa kesan buruk apabila sudah berkahmin nanti?atau adakah saya akan mandul?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *