Alasan – alasan Yang Dibenci Allah Pada Hari Kiamat

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari pada 4 jenis golongan manusia iaitu:

1) ORANG KAYA

Kalau sekirannya dia berkata, “Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik pluh sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan”.

Kepada mereka ini Allah berfirman, “Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikitpun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku.”

2) HAMBA SERAYA

Sekiranya dia berkata, “Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.”

Firman Allah kepadanya, “Utusan-Ku yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku.”

3) ORANG MISKIN

Sekiranya dia berkata, “Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu.”

Firman Allah kepadanya, “Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusan-Ku iaitu Nabi Isa a.s dan dia tdaklah pula mengabaikan tanggungjawab kepada-Ku.”

4) ORANG YANG MENDERITA SAKIT

Sekiranya dia berkata, “Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud kepada-Mu.”

Firman Allah kepadanya, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang telah dialami oleh hamba-Ku yang mulia iaitu Nabi Ayub a.s., tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku.”

Sumber : LayarMinda

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *