8 Julai Tarikh lihat anak bulan Ramadan

a

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa ialah pada petang Isnin, 8 Julai bersamaan 29 Syaaban 1434 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini.

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa yang ditetapkan, melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa yang bertanggungjawab akan melihat anak bulan di lokasi berikut:

Pontian Kecil, Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka;
Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor;
Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor;
Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor;
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjong, Perak;
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang;
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah;
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah;
Menara Alor Setar, Alor Setar, Kedah;
Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu;
Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu;
Pulau Perhentian, Besut, Terengganu;
Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu;
Bukit Peraksi, Pasir Putih, Kelantan;
Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan;
Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Baharu, Kelantan;
Tanjung Lubang, Miri, Sarawak;
Teluk Bandung, Kuching, Sarawak;
Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak;
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah;
Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang;
Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang;
Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan;
Menara Kuala Lumpur;
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya; dan
Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis.
– Bernama

http://www.malaysiakini.com/news/234627